11 sistem keselamatan mandatori menjelang 2021

oleh Mohamad Hanif|
Brek kecemasan autonomi (autonomous emergency braking), bantuan pengekalan laluan (lane keeping assistance) dan pengesan kepenatan pemandu (fatigue detection) kini merupakan ciri keselamatan yang wajib dipasang pada kenderaan baharu menjelang 2021.
Kawasaki Legend Reborn

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EUC) bagi memastikan kesemua kenderaan baharu mematuhi arahan spesifikasi keselamatan terkini untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. 
 


Tiga ciri keselamatan tersebut merupakan sebahagian daripada sebelas sistem keselamatan kenderaan yang diwajibkan bermula tahun 2021. 

Sebelas sistem keselamatan tersebut ialah:

  • brek kecemasan autonomi (autonomous emergency braking)
  • peranti pengesan kandungan alkohol pada pemandu (alcohol interlock installation detection)
  • pengesan pemandu kurang perhatian dan mengantuk (drowsiness and attention detection)
  • perakam data pemanduan (event data recorder)
  • lampu berhenti kecemasan (emergency stop signal)
  • tali pinggang keledar dinaik taraf bagi mengurangkan kecederaan penumpang dewasa
  • zon impak bagi pejalan kaki dan penunggang basikal - penggunaan kaca keselamatan ketika kemalangan
  • bantuan kelajuan pintar (intelligent speed assistance)
  • bantuan pengekalan laluan (lane keeping assist)
  • perlindungan sisi daripada pelanggaran tiang
  • kamera undur dengan sistem pengesan pintar
     


Sejak 2011, pihak EU telah mewajibkan penggunaan kawalan kestabilan kenderaan dan pemasangan cagak ISOFIX bagi meningkatkan kadar keselamatan di atas jalan, dengan brek ABS telah mula diwajibkan pemasangannya sejak 2004 lagi. 

Menurut laporan, kadar kematian yang disebabkan oleh kemalangan telah berkurang sebanyak 43% di antara tahun 2005 sehingga 2015. 

Namun begitu, sejak tahun 2014 dicatatkan lebih 25,300 orang meninggal dunia di Eropah akibat kemalangan jalan raya sehingga tahun lepas. 

Dengan perlaksanaan undang-undang keselamatan terbaharu ini pihak EU berharap dapat mencapai target untuk mengurangkan separuh daripada kadar kematian dan kecederaan menjelang 2030 sehingga sifar kes menjelang 2050. 
 


Bercakap mengenai kos perlaksanaan yang akan mempengaruhi harga kenderaan pada masa akan datang, EUC berkata kemungkinan besar pemasangan peralatan tersebut akan memberikan sedikit impak atau tiada langsung kenaikan pada harga kenderaan baharu. 

Sumber: AutoExpress UK

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, laporan yang dijalankan oleh AAA Foundation for Traffic Safety mendapati tidak ramai…
Berita Domestik
Honda CR-V merupakan kenderaan pertama yang telah mendapat pengiktirafan lima bintang dengan skor…
Berita Domestik
Berita baik buat peminat Ford Focus, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kereta idaman anda…