11 motosikal hangus, 21 kenderaan rosak dalam kebakaran

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Berita Harian
Sekurang-kurangnya 21 kenderaan rosak termasuk 11 daripadanya hangus dalam kebakaran di Flet Jalan Kurau, dekat Jelutong, di Georgetown, awal pagi tadi.


Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi menyebabkan sembilan motosikal yang diletakkan di kawasan flet berkenaan hangus sepenuhnya.


Sementara itu, 12 kenderaan lain membabitkan 11 motosikal dan sebuah kereta turut rosak akibat kebakaran sama .
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Fadzil Mohamad, mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun ia tidak membabitkan kecederaan atau kerosakan pada struktur bangunan.

 

"Nilai kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan dan kita juga masih menyiasat sama ada kejadian ini berpunca daripada perbuatan khianat atau sebaliknya," katanya.

 

Selain bomba, turut kelihatan di lokasi adalah anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Dalam pada itu, penduduk, Hasaan Abdul Majid, 62, berkata dia tidak menyangka bunyi seakan-akan letupan mercun yang didengarinya sebenarnya berpunca daripada kebakaran terbabit.

 

"Saya rasa tak sedap hati (selepas dengar bunyi letupan) dan memeriksa, sebelum terkejut melihat api marak di bahagian parkir motosikal.

 

"Saya segera mengejutkan penghuni lain bagi membantu memadamkan api sebelum menghubungi pihak bomba.

 

"Mujurlah api tidak mengenai bahagian rumah penduduk kerana kedudukannya sangat hampir dan api marak dengan cepat," katanya mengesahkan motosikal miliknya turut hangus dalam kejadian itu.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya…
Berita Global
Ia juga merupakan salah satu kereta Ferrari yang memiliki rekaan yang agak menarik untuk sebuah…