105 RIDER FOODPANDA KUMPULAN PERTAMA TERIMA VAKSIN DI PERAK

oleh Hamimah Hamid|
SERAMAI 105 penghantar makanan FoodPanda di Ipoh menjadi kumpulan pertama menerima vaksin Covid-19 di negeri Perak.

Inisiatif itu dibuat dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di Ipoh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penyelaras penghantar makanan daerah Kinta, Azizal Naziri berkata, 60 penghantar telah menerima dos pertama mereka di PPV Klinik Briged PGA Ulu Kinta hari manakala 45 telah mendapat vaksin mereka semalam.

Katanya, jumlah tersebut adalah 20 peratus daripada jumlah lebih 1,000 penghantar makanan di daerah Kinta.

“Alhamdulillaah akhirnya saat-saat yang kami tunggu tiba, walau pun jumlah tersebut masih terlalu sikit, namun ia memberi sedikit kelegaan kepada mereka,” katanya.

dato bandar ipoh (dua dari kiri) memberi thumb bersama peserta penerima vaksin food panda

Menurut Azizal, pihaknya bersyukur kerana usaha mereka mencari pelbagai pihak untuk menyegerakan suntikan vaksin kepada penghantar makanan berjaya.

Ujar beliau, pihaknya sangat berharap operator e-Hailing di Perak mencari alternatif untuk mempercepat pemberian suntikan vaksin covid-19 kepada pemandu e-Hailing dan penghantar makanan.

Katanya, ada dalam kalangan mereka yang pernah dikuarantin selama dua minggu kerana menghantar makanan kepada pelanggan yang positif Covid-19.

Ujar beliau, risiko tersebut perlu ditanggung penghantar makanan dan menjejaskan pendapatan mereka.

“Kami sangat bimbang dengan keselamatan diri serta pelanggan, jadi kami ambil inisiatif sendiri berjumpa dengan pelbagai pihak supaya dapat divaksin denagn segera dan alhamdulillah akhirnya sudah ada yang dapat vaksin,” katanya.

perasaan yang sama dikongsi satu-satunya penghantar makanan wanita, Jumalisa Baharudin yang telah menerima vaksin di Perak setakat ini.

Menurut Jumalisa baharudin, sebelum ini dia sangat bimbang risiko jangkitan nampun pasrah demi mencari rezeki.

“Bila ada vaksin ni lagi selamat lah sebab kita kan selalu jumpa orang keluar kan terdedah dengan bahaya tu lebih lah kami sebagai rider,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Komander Briged Utara, ACP Mohd Noh Khamis berkata, setakat ini 200 penghantar makanan telah memohon untuk divaksin di PPV Klinik Briged PGA Ulu Kinta.

Katanya, pemberian vaksin untuk mereka akan dibuat secara beerkumpulan dengan 60 yang pertama hari ini.

“Penghantar makanan ni merupakan frontliner dan mereka ni yang akan menghantar makanan ke semua rumah-rumah, jadi  mereka ini juga memainkan peranan penting.

“Jadi sebab itulah kita mengalakkan mereka mengambil vaksin dan pihak kita berkemampuan untuk memberi vaksin kepada penghantar-penghantar makanan ini,” katanya.

Menurut ACP Mohd Noh, PPV Klinik Briged PGA Ulu Kinta bersedia menerima lebih ramai penghantar makanan untuk divaksin dalam tempoh terdekat.

Klinik Ibu dan Anak yang dijadikan PPV pada 8 Julai itu mempunyai keupayaan seperti peralatan dan kelengkapan yang mencukupi termasuk peti penyimpanan vaksin, bilik suntikan, tempat pemantauan serta kemudahan lain.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi itu diadakan…
Gaya Hidup
  Jia Jeh adalah satu-satunya penghantar makanan yang berjalan kaki atau 'walker' yang menggunakan…
Berita Domestik
Menurut laporan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang membuat kajian…