1,000 stesen pengecasan pantas akan dibina di Tokyo

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat pemula Jepun, Terra Motors akan mendirikan kira-kira 1,000 stesen pengecasan pantas untuk kenderaan elektrik di Tokyo dalam tempoh 18 bulan akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perancangan ini akan menjadikan jumlah stesen pengecasan keseluruhan sekitar 1,500, atau melebihi 50 peratus jika dibandingkan dengan 900 stesen minyak yang wujud setakat akhir Mac.

Setiap satu stesen akan dilengkapi dengan pengecas pantas 150 kW, dan kos pengecasan akan ditentukan kelak.

Pengasas dan Pengerusi Terra, Toru Tokushige bercakap kepada Nikkei Asia, "dengan kehadiran banyak stesen pengecasan, kita dapat menangani kebimbangan pengguna berkenaan lokasi untuk mengecas kenderaan mereka.

Sehingga akhir Ogos, terdapat kira-kira 30,287 pengecas EV yang terdapat di seluruh Jepun, termasuklah 9,237 pengecas pantas berdasarkan data daripada syarikat pemetaan Zenrin.

Kerajaan Jepun menyasarkan peningkatan pengecas kepada 300,000 dan 30,000 pengecasan pantas menjelang 2030.

Namun begitu, langkah untuk memperkasakan infrastruktur pengecasan di Jepun dilihat perlahan disebabkan oleh pasaran EV negara itu yang agak kecil.

Berita penuh: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan stesen Supercharger kedua yang dibuka di Malaysia selepas stesen Supercharger di…