1,000 peserta jayakan konvoi Honda Asian Journey 2019

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda, bersama-sama dengan Honda Group of Companies di rantau Asia & Oceania, Noriaki ABE selaku Chief Operating Officer, Motorcycle operations HONDA MOTOR C0.,LTD dan Masayuki Igarashi sebagai Chief Operating Officer, Regional Operations (Asia & Oceania) President of Asian Honda Motor Co.,Ltd secara rasmi memulakan aktiviti pelancongan Honda Asian Journey 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi tahun keempat berturut-turut, Malaysia telah dipilih sebagai negara tuan rumah untuk acara pelancongan antarabangsa yang berprestij ini dengan Boon Siew Honda sebagai tuan rumah utama. 

Honda Asian Journey adalah acara pelancongan global yang dianjurkan setiap tahun oleh Kumpulan Syarikat Honda di rantau Asia & Oceania yang bermula sejak tahun 2016 lagi. 

Para peserta dibawa mengikuti laluan yang indah di seluruh Semenanjung Malaysia seperti Bandaraya Bersejarah Melaka,Ikan Bakar Kuala Selangor ,Genting Highland,KLCC sebelum menamatkan lawatan di acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP). 

 


Bagi 2019 Honda Asian Journey, penganjur telah memutuskan untuk menggunakan siri Honda CBR untuk mempamerkan kuasa dan ketangkasan siri sambil mengekalkan kualiti yang dibina sepanjang perjalanan.  

Aktiviti jelajah konvoi disertai oleh lebih daripada 70 penunggang dan peserta yang terdiri daripada pelanggan, wartawan, peniaga Honda, dan sekutu dari enam negara, iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia, Filipina, dan India menggunakan motosikal jenis Honda CBR500R, CB650R, VRF1200 dan CRF1000L 

Kemuncak utama untuk Honda Asian Journey berlangsung pada 3hb November 2019 di mana para peserta berlepas dari MAEPS, Serdang ke Litar Antarabangsa Sepang.

Mereka akan menuju ke MotoGP Malaysia 2019 untuk menunjukkan sokongan kepada penunggang Honda MotoGP. Peserta konvoi Honda Asian Journey akan menyertai konvoi Honda Big Bike tempatan dan ahli pemilik Honda RS150R.

Terdapat hampir 1000 peserta konvoi menyertai konvoi MotoGP ke Litar Sepang.
 


Untuk tahun ini, jutaan penghargaan diberikan kepada NHK (RG Racing Sdn Bhd, Puchong) yang telah menaja helmet jenama NHK untuk dua tahun berturut-turut, dan tidak ketinggalan penaja lain seperti RKM Malaysia dan juga Koyoko. 

Tidak dilupakan kerjasama daripada pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menugaskan kira-kira sembilan orang anggota bagi memastikan kelancaran program sejak hari pertama sehinggalah ke hari kemuncak. 

Konvoi ini turut menerima kerjasama daripada Penang Escort Motorsports yang telah menyediakan kira-kira 10 orang marshal, 5 Video Runner, 6 orang pasukan teknikal, sebuah unit ambulan dan juga lori penunda. 

Boon Siew Honda juga turut menyediakan sebuah kereta bagi membawa pihak pengurusan BSH, dua buah van pasukan back-up serta sebuah van mekanik.