1,000 pemandu lori hadir penyerahan memorandum kepada JPJ

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Harian Metro
Hampir 1,000 pemandu lori berhimpun bagi menyerahkan memorandum terhadap operasi penguatkuasaan di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, di Kelantan pada Selasa.

Memorandum berkenaan diserahkan wakil Persatuan Pengusaha dan Pemandu Lori Kelantan, Azam Daud kepada wakil Pengarah JPJ negeri, Mohd Misuari Abdullah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Azam mendakwa operasi penguatkuasaan agensi berkenaan sejak kebelakangan ini dilihat semakin menindas pemandu dan pengusaha lori yang hanya mencari rezeki untuk keluarga mereka.

"Kami adalah pengusaha yang terbabit dalam sektor pengangkutan di Kelantan dengan secara tidak langsung turut berperanan dalam memajukan pertumbuhan ekonomi negeri.

"Sejak awal bulan ini, operasi penguatkuasaan yang dibuat semakin ketat sekali gus menjejaskan punca pendapatan kami.

"Kami menyerahkan tujuh tuntutan untuk dilihat oleh pengurusan atasan JPJ," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, pihaknya memohon agar satu dialog terbuka antara wakil kerajaan dengan wakilnya dapat dibuat bagi mencari penyelesaian.

Katanya, memorandum yang diserahkan itu diharapkan dapat diambil perhatian oleh pengurusan atasan JPJ sekali gus tindakan sewajarnya dapat diambil.

 

Harian Metro