1,000 km dari satu caj untuk EV dari GAC

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk mereka yang risaukan jarak perjalanan bagi kenderaan elektrik (EV), model baharu dari China ini mungkin jawapannya.

GAC Group telah mempamerkan konsep EV Aion LX Plus yang mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 1,000 km dengan sekali caj dan akan mula dijual Januari tahun hadapan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Ia juga menawarkan model Aion LX yang menggunakan bateri lebih kecil untuk perjalanan sejauh 520 km dan 650 km sekali caj.

GAC berkata rahsia jarak jauh itu ialah dengan penggunaan teknologi "silicon sponge electrode" yang membolehkan saiz bateri dikecilkan tetapi meningkatkan kepadatan bateri.

Great Wall Motors juga menampilkan sebuah EV mewah dengan jarak 800 km sekali caj, dan 400 km selepas 10 minit mengecaj.

Jualan kenderaan tenaga alternatif di China meningkat 5 peratus kepada 12 peratus dari pasaran keseluruhan negara itu. Dijangkakan China akan mempunyai pasaran kenderaan baharu dengan tenaga alternatif sebesar 20 peratus menjelang 2025.

Walaupun di atas kertas ia memberikan jarak pemanduan yang jauh, cara pemanduan yang agresif masih mampu menyebabkan tenaga bateri turun mendadak.

Ini ialah antara perbezaan utama EV berbanding dengan kenderaan berenjin petrol/diesel.

Walaupun penggunaan bahan api petrol atau diesel naik bila pendikit ditekan secara agresif selalu, peningkatan penggunaan bahan apinya tidak begitu mendadak dan "serakus" bateri di dalam EV.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang tersebut merupakan fasiliti produksi sel bahan api pertama Hyundai yang terletak di luar…
Berita Global
Difahamkan Lexus akan menggunakan kesempatan tersebut pada acara Guangzhou International Automobile…
Berita Global
Kita biasa membeli air minuman dan snek dari mesin layan diri atau vending machine. Di Singapura,…