100 kenderaan kemalangan, 6 maut di lebuh raya Texas

oleh SALINA JALIL|
gambar dari news libre
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Khamis apabila kira-kira lebih 100 buah kenderaan terlibat dalam perlanggaran ketika cuaca sejuk dan lebuh raya berais di Texas.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Menurut portal berita ABC News, perlanggaran itu berlaku selepas pukul 6 pagi waktu tempatan, kata pihak berkuasa.
 

 

Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku di sebuah lebuh raya yang sibuk di Forth Worth dan kira-kira 100 buah kenderaan saling berlanggar antara satu sama lain.

 

Berdasarkan kepada laporan AFP, Jurucakap Jabatan Bomba Forth Worth, Michael Drivdahl memberitahu sidang akhbar kemalangan tersebut berlaku kemungkinan disebabkan oleh lebuh raya yang berais.

 

crash
gambar dari daily news UK

 

 

Sebanyak 36 orang dimasukkan ke hospital, kata polis. Sejumlah orang lagi dirawat di tempat kejadian manakala sebahagian mangsa meninggalkan lokasi kemalangan tetapi kemudian pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


 
Seorang pemburu ribut, Jason McLaughlin menyiarkan video menerusi akaun Twitternya yang menunjukkan sejumlah kenderaan termasuk trak terlibat dalam perlanggaran itu.

 

McLaughlin memberitahu, lebih 100 buah kenderaan terlibat dalam kejadian itu. "Ia (suasana di tempat kejadian) masih kelam-kabut. Ia seperti sejumlah kenderaan hilang kawalan," katanya kepada Saluran Cuaca.

 

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran tentang hujan ais di kawasan tersebut sekali gus menyukarkan pemanduan.

 

 

 

- Agensi
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga gagal mengelak kereta dipandu pemuda itu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun…
Berita Domestik
"Jadi setelah selesai (pemeteraian perjanjian) itu bermakna boleh binalah," katanya pada sidang…