10 unit Land Rover Defender James Bond dilelong di Festival of Speed Goodwood

oleh Mohamad Hanif|
Anda mahukan sebuah Land Rover yang dibuat khusus untuk filem ke-24 James Bond?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, anda berpeluang untuk memiliki salah sebuah daripadanya Special Vehicle Operation (SVO), sebuah divisyen penala di bawah Jaguar Land Rover telah menghasilkan 10 unit Land Rover Defender edisi khas James Bond. 


Unit terhad yang dibina itu menggunakan enjin diesel yang telah dibina dan dimodifikasi oleh pakar lumba Bowler yang kini menghasilkan 185 hp dan hampir 500 Nm daya kilas. 
 


Selain daripada naik taraf kuasa enjin, SVO telah melengkapkan Land Rover Defender SVX ini dengan peralatan seperti penyerap hentak Bilstein, rollcage, kerusi lumba Recaro, cangkuk Warn serta tayar sebesar 37 inci menampakkan lagi kegagahan Land Rover James Bond ini. 

Kesemua unit yang telah digunakan ketika penggambaran filem tersebut kini akan dilelongkan pada Festival of Speed di Goodwood pada minggu hadapan dan dikatakan masih mempunyai sisa calar balar daripada penggambaran yang dilakukan. 


Menariknya, kesemua unit tersebut boleh dipandu secara rasmi di atas jalan raya serta mempunyai nombor pendaftaran khusus OO07 SVX. 

Para pembida beranggapan nilai Land Rover SVX ini akan bermula daripada $290,000 (RM1.17 juta) sehingga $330,000 (RM1.33 juta). 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…