10 tahun reka bentuk KODO dari Mazda, rekaan yang ada jiwa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda3
Mazda3
Suka tak melihat kenderaan Mazda di atas jalan raya? Wajar diakui reka bentuk kenderaan buatan Mazda memang sesuatu.

Mungkin ada yang mempunyai pendapat berbeza namun dari segi pengiktirafan industri, Mazda telah banyak memenangi anugerah peringkat antarabangsa.

Di antaranya Anugerah Reka Bentuk Red Dot dan Anugerah Reka Bentuk Dunia untuk Mazda3 serta dua lagi model iaitu MX-30 dan CX-30 juga dari Red Dot.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mazda Shinari dan Minagi

 

Rahsia di sebalik kenderaan Mazda ialah falsafah reka bentuk Kodo – Soul of Motion di mana Ikuo Maeda, Ketua Pereka telah menetapkan satu arah baharu yang berani untuk Mazda.

Kodo diperkenalkan sepuluh tahun lalu pada Pameran Kenderaan LA  2010 melalui kereta konsep Shinari. Kodo yang anda saksikan hari ini adalah evolusi berterusan dan ia masih mengekalkan prinsip asasnya.

Sebelum itu apakah maksud Kodo?

 

Kodo

 

Secara literalnya ia bermaksud degupan jantung dan diberikan makna lebih mendalam iaitu mengisi sesuatu di dalam kehidupan atau memberikannya jiwa (soul).

Menurut Ikuo Maeda, di Jepun, mereka percaya bahawa sesuatu bentuk yang dibuat dengan jujur dan kepayahan oleh tangan manusia mempunyai jiwanya tersendiri.

Dengan itu Soul of Motion membawa dua makna iaitu menzahirkan kedua-dua inti pati (essence) pergerakan (motion) dan jiwa (soul) yang diterapkan pada kereta oleh para karyawan mahir (master craftsmen) Mazda.

Berikut ialah penerangan lanjut mengenai Kodo:

Kereta konsep Shinari

 

Mazda Shinari

 

Kodo pertama kali diperkenalkan pada 2010 melalui kereta konsep empat pintu sports coupe Shinari dengan gambaran haiwan yang bersedia untuk menerkam.

Tahun berikutnya Reka Bentuk Kodo dipertontonkan melalui kereta konsep Minagi yang akhirnya dikeluarkan sebagai Mazda CX-5.

Harimau bintang

Hasil pertama Reka Bentuk Kodo begitu kuat dipengaruhi oleh harimau bintang yang bersedia untuk menerkam.

Para pereka Mazda memerhatikan dengan teliti bagaimana haiwan itu menggunakan keseluruhan badannya sebagai spring untuk menukar tenaga yang tersimpan menjadi satu gerakan yang begitu terkawal.

 

Mazda CX-5

 

Hasil pemerhatian itu dizahirkan pada Mazda CX-5 yang diperkenalkan pada tahun 2012 dan model pertama dengan Reka Bentuk Kodo.

Selepas model konsep Shinari dan Minagi, Mazda memperkenalkan model konsep Takeri dan Hazumi.

Dua lagi model konsep iaitu RX-Vision dan Vision Coupe diperkenalkan pada tahun 2015 dan 2017 yang membawa gayaan elegan dan minimalis dan boleh dilihat pada model terbaru Mazda.

Mazda3 bawa evolusi terkini Kodo

 

Mazda3

 

Diperkenalkan pada tahun 2019, model terbaru Mazda3 diinspirasi dari kereta konsep Kai dan merupakan model pertama yang membawakan evolusi terkini Reka Bentuk Kodo.

Reka bentuk kali ini membawakan konsep less is more yang dipengaruhi dari tradisi asli seni Jepun dan keindahan ruang di antara dua objek.

Tiga konsep utama adalah paksi utama kepada evolusi baharu Kodo seperti berikut:

  • Yohaku atau Ma - Keindahan ruang kosong
  • Sori - Lenggokan dengan ketenangan
  • Utsuroi Permainan cahaya dan bayang

Reka bentuk Kodo diperakui industri

 

Mazda CX-30

 

Sejak diperkenalkan pada 2010, falsafah Reka Bentuk Kodo telah memenangi banyak anugerah peringkat antarabangsa. Di antara anugerah yang dimenangi Mazda adalah seperti berikut:

  • Anugerah Reka Bentuk Kereta Dunia 2015: MX-5
  • Kereta Konsep Paling Cantik: RX-Vision dan Vision Coupe
  • Anugerah Red Dot 2020 (Reka Bentuk Produk): CX-30 dan MX-30
  • Anugerah Reka Bentuk Kereta Dunia (Anugerah Kereta Dunia 2020): Mazda3

Selain itu, Ikuo Maeda turut diiktiraf sebagai Design Hero pada Anugerah Autocar 2020.

Reka Bentuk Kodo masa depan

 

Mazda

 

Selepas sepuluh tahun, Mazda komited untuk meneruskan Reka Bentuk Kodo dan akan kekal sebagai resepi penting dalam membawa identiti Mazda. 

Reka Bentuk Kodo akan terus meneroka sempadan rekaan kereta dan mendefinisikan masa depan Mazda.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Lagi bacaan tentang Kodo: Mazda KODO ini sebenarnya apa? Kenapa menarik di mata?

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…