10 syarikat tempatan sertai MARii Mobility-as-a-Service Scale Up Programme

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) awal minggu lalu telah melancarkan sebuah program MARii Mobility-as-a-Service (MaaS) bertempat di ibu pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Upacara pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri MITI, YB Datuk Darell Leiking bersempena dengan Hari E-Dagang 2019. 

Program MaaS ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif kerajaan sedia ada dalam usaha untuk memangkinkan pembangunan usahawan di Malaysia. 

Ia juga bertujuan untuk memudahkan penerapan teknologi dan perkhidmatan berkaitan MaaS ke dalam industri mobiliti domestik untuk meningkatkan ekosistem e-dagang. 

Sebanyak 10 usahawan tekno domestik memperlihatkan penggunaan solusi e-dagang MaaS MARii yang berkisar pada lima fokus utama iaitu perkongsian kenderaan, sistem pengangkutan multimodal, pembayaran nirtunai, kehidupan terhubung serta telematik seperti: 

  • POMEN
  • IGL Coatings
  • Bateriku.com
  • JomParking
  • ParkEasy
  • NEUTO Sdn Bhd
  • SERV
  • Moovby
  • CarBengkel
  • AutoCraver
     


Menerusi program ini, kesemua peserta akan menjalani beberapa sesi bengkel, latihan serta persembahan idea dengan kerjasama rakan kongsi MARii, Proficeo iaitu sebuah platform pembangunan keusahawanan utama di Malaysia. 

Dengan lebih daripada 2,000 usahawan, Proficeo berpengalaman selama lebih 10 tahun dan mempunyai jaringan korporat serta jurulatih usahawan yang sangat luas dan unik merangkumi sektor awam dan juga swasta. 

Menurut Dato' Madani Sahari, "adaptasi teknologi merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi dalam usaha untuk menembus pasaran global. 

"Program-program inovatif sebegini perlu sentiasa dibangunkan bagi membolehkan industri kecil sederhana (SME) mampu merapatkan jurang dengan pemain-pemain industri yang lebih besar," ujarnya lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis tandatangan itu telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (…
Berita Domestik
Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai CEO Kumpulan UPMHoldings Group, cabang…
Informasi
  Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata Hab Digital — yang diumumkan ketika pembentangan…