10 syarikat tayar paling berharga

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Syarikat perunding termuka dari London, Brand Finance telah mengumumkan hasil kajian mereka mengenai sepuluh syarikat tayar paling berharga untuk tahun 2017. Menurut kajian mereka, walaupun harga jualan tayar meningkat kerana kos yang naik, lapan dari sepuluh jenama tayar melihat peningkatan dari segi nilai jenama mereka. [caption id="attachment_29324" align="aligncenter" width="756"]Imej dari Brand Finance Imej dari Brand Finance[/caption] Bridgestone mengalami kenaikan paling tinggi, 15 peratus kepada USD$7.5 bilion dan ia terus mengetuai industri tersebut sejak dari tahun lalu. Hubungan rapat Bridgestone dengan syarikat kenderaan terkemuka turut membantu penilaian ke atas jenama tayar dari Jepun itu. Contohnya, Maserati telah memilih Bridgestone sebagai tayar rasmi untuk SUV pertama mereka, Levante. Yokohama pula mengalami penurunan mendadak, turun 11 peratus kepada USD$1 bilion dan pengurangan keuntungan sebanyak 50 peratus dalam separuh tahun pertama 2016. Yokohama memberi alasan penurunan permintaan dan penguncupan jualan kenderaan di Jepun sebagai punca prestasi lemahnya. Namun begitu Brand Finance yakin pembelian syarikat Alliance Tire Group (ATG) oleh Yokohama akan melihat syarikat Jepun itu naik kembali tahun hadapan kerana ATG boleh membantu Yokohama dalam sektor tayar kenderaan komersil. [caption id="attachment_29325" align="aligncenter" width="759"]Imej dari Brand Finance Imej dari Brand Finance[/caption] Pembuat tayar Perancis, Michelin jatuh kepada tempat kedua walaupun mencatat peningkatan sebanyak tiga peratus atau USD$6.1 bilion sementara tempat ketiga ialah syarikat tayar Jerman, Continental selepas mengalami penurunan empat peratus, iaitu USD$3.6 bilion. Dalam masa yang sama, syarikat tayar dari negara Asia selain Jepun semakin maju. Maxxis dari Taiwan dan Hankook dari Korea sudah mula bertapak kuat di pasaran dunia. GT tyres Syarikat tayar dari Indonesia, PT Gajah Tunggal menjadi pengilang tayar berintegrasi terbesar di Asia Tenggara. Gajah Tunggal menghasilkan tayar di bawah jenama GT Radial, GT Gajah Tunggal (untuk trak dan lori), iRC Tire dan Zeneos untuk motosikal kecil dan superbike. GT Radial juga mempunyai satu lagi jenama yang popular di China dan Amerika Syarikat, iaitu Giti Tire yang beribupejabat di Singapura. Giti Tire juga mula menerokai pasaran Malaysia dan Eropah. Ia juga mempunyai kilang di Amerika Syarikat. giti-made-in-the-usa Sementara itu, syarikat tayar terakhir milik tempatan, Silverstone Tires di Perak telah pun dijual kepada Toyo Tires beberapa tahun lalu. Jenama tayar dari Alor Star, Simex pula dimiliki oleh Continental Tires. Malaysia turut melihat pembukaan beberapa kilang tayar baharu dari jenama China. Menarik bukan perkembangan industri tayar kita?