10 'Superman' kecundang dan dicekup JSPT

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Sinar Harian
Operasi Khas Samseng Jalanan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula jam 12.40 tengah malam Ahad telah menahan 10 penunggang motosikal.


Aksi superman samseng jalanan di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), dekat Shah Alam mengundang padah selepas ditahan pada Ahad.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Menurut sumber, tangkapan pertama membabitkan empat penunggang berusia 17 hingga 20 tahun selepas dikesan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kesas.

 

"Aksi yang dilakukan adalah meniarap dengan meluruskan kaki ke belakang (superman), bersaing sesama sendiri serta zig-zag," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

 

Sumber berkata, sementara itu tangkapan seterusnya telah menahan enam lagi penunggang berusia lingkungan 15 hingga 23 tahun secara berasingan.

 

Katanya, enam penunggang terbabit turut dikesan melakukan aksi samseng jalanan seperti 'superman' dan zig-zag.

 

Tambah sumber, kesemua motosikal jenis Yamaha Lagenda, Yamaha Y15ZR, Honda Wave, Honda RS150 dan Yamaha LC 135 yang digunakan disita untuk tindakan lanjut.

 

"Empat penunggang telah dibawa ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan manakala enam lagi dibawa dan BSPT IPD Shah Alam.

 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," tegasnya.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kesemua mereka kemudian ditahan selepas memberhentikan motosikal masing-masing di…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…