10 point - Kenapa depan kereta dah tak setajam dulu?

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika kita kaji, bentuk hadapan kenderaan sekarang ini tidak lagi setajam seperti dahulu.

Contohnya, Honda Civic EG mempunyai muncung yang lebih tirus dan tajam, menjadikan ia nampak jauh lebih sporty dari Civic generasi hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di bawah ialah fakta yang anda perlu tahu kenapa kereta sekarang tak setajam dahulu.


1. Kajian WHO (World Health Organisation) dalam tahun 2013, seramai 270,000 nyawa pejalan kaki melayang kerana dilanggar kenderaan. 

2. Kerana itu, European NCAP, sebuah NGO yang mempunyai wakil diseluruh dunia termasuk Malaysia membuat ujian perlanggaran untuk pejalan kaki bagi memastikan kereta baharu lebih "mesra" pejalan kaki.

3. Bahagian hadapan kenderaan yang terlalu rendah dan nipis akan menyebabkan pejalan kaki yang dilanggar melayang tinggi dan jatuh ke jalanraya - ini akan mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kepala dan menjadi punca utama kematian.

 

 

4. Oleh kerana itu, bahagian hadapan kereta dibuat tinggi sedikit agar mampu "menangkap" bahagian peha dan ke bawah pejalan kaki. 

5. Dengan cara itu, badan pejalan kaki akan terhumban ke atas hud kereta. Kerana itu, hud kereta kini tidak boleh terlalu rapat dengan enjin. Perlu ada ruang-lega antara bahagian paling atas enjin dengan besi hud agar ia mampu "menyerap" hentakan.

6. Bahagian bamper dan gril hadapan juga dibuat dari plastik yang boleh meliuk atau berkecai dengan mudah agar ia mengurangkan kecederaan pada bahagian kaki insan yang dilanggar itu. Kerana itu kebanyakan gril kereta mewah dibuat dari plastik, kecuali Rolls Royce yang berkata biar ia tidak mendapat anugerah 5-bintang dalam NCAP kerana ia tidak akan sekali-kali menggunakan gril plastik!

7. Kaedah 4, 5 dan 6 itu yang digunakan oleh 90 peratus kenderaan sekarang.

 

 

8. Ada juga kenderaan yang mempunyai masalah kerana enjinnya terlalu tinggi. Bagi kenderaan begini, ia akan menggunakan sistem aktif yang boleh membuatkan hud itu ternaik ke atas sedikit bila kereta itu melanggar pejalan kaki.

9. Sensor atau deria pada bahagian bamper itu cukup bijak untuk mengenal pbjek yang dilanggar itu adalah pejalan kaki atau bukan.

10. Hud itu ternaik menggunakan mekanisma mirip beg udara. Peledak akan meletup dan memenuhkan beg udara kecil di bahagian engsel hud, lantas menolak hud itu ke atas dan "menangkap" pejalan kaki itu.

Canggih bukan? Dan kerana itu harga kereta semakin mahal!

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
- Ujian yang dilakukan di Jepun itu ialah ujian pengawalan (regulation test) untuk melepasi…
Berita Global
Menurut laman web HT Auto, varian dengan waktu menunggu paling lama ialah bagi varian Carens…
Berita Global
Sebanyak 19 model kenderaan komersil ringan (LCV) yang diuji di bawah kriteria baharu untuk genre…