10 perkara tentang Ford Ranger Raptor yang anda perlu tahu

oleh HEZERI SAMSURI|

Akhirnya misteri terjawab sudah bila Ford membuka tirai model Ranger Raptor yang sebelum ini cuma dengar khabar angin sahaja.

Careta yang berada di Bangkok untuk melihat sendiri Ranger Raptor ini dapat duduk bersama beberapa orang penting Ford, seperti Peter Fleet, Timbalan Presiden Kumpulan Ford dan Presiden untuk Ford Asia Pasifik, kawan lama Careta, Yukontorn Vickie Wisadkosin, Presiden Ford Asean yang pernah bertugas di Malaysia sebagai Pengarah Urusan untuk GM Chevrolet, Jamal Hameedi, Ketua Jurutera untuk bahagian Ford Performance dan ramai lagi.

Di bawah ialah 10 perkara penting yang Careta dapat korek daripada pakar-pakar yang bertanggung-jawab melahirkan Baby Raptor ini.

 

1. Ford pandai simpan rahsia
Sebenarnya, projek Ranger Raptor ini sudah berusia tiga tahun. tetapi tidak ada seorang pun kakitangan Ford Malaysia yang ada informasi mengenai trak ini.

Begitu juga dengan Ford Thailand dan juga di Australia. Yang pasti, semasa di pelancaran ini, hanya ada sebuah sahaja Ranger Raptor untuk dikongsi oleh ratusan media.

 

2. Ini bukan Ranger bikin

Walaupun ia diasaskan dari Ford Ranger biasa, anda tidak akan boleh mengubah Ranger anda itu kepada Ford Raptor.

Menurut Damien Ross, Ketua Jurutera Program Ranger Raptor dan Special Vehicle Engineering dari Ford, kerangka Ranger Raptor lebih kukuh dan direka semula agar mampu bertahan dalam pemanduan off-road berkelajuan tinggi.

chassis


Kedudukan enjin, transmisi, tayar simpanan dan sebagainya diambil kira untuk memastikan kerangka ini seimbang bila sedang terbang melompat dan kuat bila mendarat.

Fender hadapan dan belakang juga lebih lebar untuk memuatkan tayar BF Goodrich bersaiz 285/70 R17 itu.

 

 

3. Sistem gantungan yang sangat istimewa

DNA Raptor ialah sistem gantungan yang sangat baik, dan seperti F-150 Raptor, Ranger Raptor turut menggunakan penyerap hentak (shock absorber) dari jenis Fox Racing Shox. 

Teknologi Position Sensitive Damping (PSD) dengan jarak pergerakan yang panjang memberikan ia keupayaan memastikan Ranger Raptor ini mampu mendarat dengan selamat bila melompat.
Selain dari itu, ia juga mengutamakan keselesaan bila dipandu perlahan atau laju.

rear link


Malah menurut Peter Fleet, Presiden Ford Asia Pasifik, ia adalah selesa seperti sebuah sedan mewah. Tidak kira anda duduk di hadapan atau di belakang, tahap keselesaan memang terbaik. 

Sistem gantungan belakang kini menggunakan pegas gelung dengan Watt's linkage untuk pengendalian yang terbaik dan juga untuk memastikan keselesaan dijaga.

 

 

4. Enjin dan transmisi direka agar sepadan dan secucuk gitu

Walaupun transmisi automatik 10-kelajuan itu sudah digunakan oleh Ford Mustang dan Ford F-150 Raptor, ia perlu diolah dan ditala kembali agar ia boleh digunakan dengan enjin diesel 2.0L itu.

Ford berkata penalaan pada transmisi itu dilakukan dengan cara ujian memandu sejauh berjuta kilometer.

 

5. Sistem transmisi 10-kelajuan guna pelincir istimewa

Menurut John Fallu, Pengurus Kejuruteraan Transmisi dan Driveline Ford, transmisi ini mengalami banyak penalaan kerana selama ini ia digunakan pada enjin petrol.

Enjin diesel mempunyai karektor yang sangat berbeza dan sistem tranmisi perlu bersedia untuk menerima tujahan tork yang lebih tinggi dan putaran enjin yang lebih rendah.

roller clutch

Penggunaan Roller One-Way Clutch melincirkan penukaran gear tinggi ke gear lebih rendah sementara penapis minyak pelincir ATF yang digunakan adalah lebih efisien.

Ia juga menggunakan pelincir transmisi ULV - Ultra Low Viscosity yang angat kurang likat.

pump

Juga wujud ialah teknologi pam Off-Axis Variable-Displacement Vane pda transmisi ini.

Apa yang dilakukan oleh sistem itu ialah ia memastikan jumlah pelincir ATF di dalam kotak transmisi itu sentiasa stabil, agar ia tidak rosak.

Ranger Raptor turut hadir dengan fungsi paddle shift, dan paddle itu dibuat menggunakan bahan magnesium aloi.

 

 

6. Enjin 2.0L BiTurbo diesel guna timing belt yang tahan selamanya

Enjin diesel 2.0L dengan dua buah turbo ini memang unik. 

Pada kelajuan enjin rendah, kedua-dua turbo itu bekerja serentak secara bersiri. Turbo kecil dengan tekanan tinggi digunakan pada kelajuan enjin rendah untuk tindakbalas responsif sementara turbo besar akan terus masuk bila diperlukan pada kelajuan itu.

biturbo

Namun begitu, pada kelajuan enjin yang tinggi, turbo kecil ditutup dan kesemua gas ekzos terus ke turbo besar untuk menghasilkan lebih banyak tenaga.

Untuk tahan lama, turbo-turbo ini menggunakan aloi yang tahan susu setinggi 860-darjah Celcius.

Piston juga dari jenis aluminum dan penutup kompresor menggunakan sistem sejukan cecair.

belt

Enjin 2.0L ini memerlukan 8-liter minyak pelincir dan talisawat atau timing belt itu diletakkan di dalam kawasan bertutup yang penuh dengan pelincir. Tali sawat itu sudah diuji jutaan km, termasuk semasa perlumbaan Baja. 

Timing belt atau talisawat ini tidak perlu diganti.

 

 

7. Ada dua lokasi pemasangan untuk Ranger Raptor

Nampaknya trak pikap saiz kompak ini semakin popular di serata dunia dan Thailand akan mengaut keuntungan yang tinggi kerana hasilnya akan dieksport ke serata dunia (ehemm ... Malaysia macam mana ya?).

Namun begitu untuk Ranger Raptor, Ford berkata akan ada dua lokasi di mana ia akan dipasang - di Thailand untuk pasaran Asia dan Oceanic dan di Afrika Selatan untuk pasaran lain.

 

8. Fender hadapan bukan besi

Untuk noob atau yang baru mendapat lesen kereta, pasti akan berkata bahan komposit plastik digunakan untuk mengurangkan harga.

Untuk mereka yang berpengalaman, mereka tahu ada banyak lagi sebab kenapa bahan itu digunakan. Bagi Ranger Raptor, panel fender ini sukar untuk dibentuk menggunakan logam aloi.

Penggunaan Sheet Moulding Compound (SMC) terpaksa diaplikasikan di sini. Bagus juga kerana ia tidak kemik dan lebih lasak serta ringan.

 

 

9. Bamper hadapan moden, bamper belakang plastik, pemijak sisi aluminium aloi

Bamper hadapan memang lebar dan ada fungsi "air-curtain" pada kawasan lampu kabus untuk efek aerodinamik.

Di bawah, ada bash-plate atau besi pelindung oil-sump setebal 2.3 mm. 

Di belakang pula, Ranger Raptor lengkap dengan "tow-hitch" serta dua "recovery hooks" (akhirnya, ada tempat sangkut kabel) yang mampu menahan berat sehingga 3.8 tan.

rear bumper


Bamper belakang yang seksi itu dibuat dari moulded-plastic.

Pemijak sisi itu pula direka dengan lubang-lubang supaya pasir dan tanah tidak berkumpul di situ. Ia menggunakan bahan aluminium aloi dan diuji dengan dipijak pada berat 100 kg sebanyak 84,000 kali.

 

 

10. Brek disk depan belakang, 6 mod pemanduan

Brek pada Ranger Raptor memang untuk pemanduan prestasi. Di hadapan, dik dibesarkan kepada 332 mm dengan kaliper 2-piston. Di belakang, brek disk 332 mm digunakan.

Ada enam mod pemanduan di mana dua khusus untuk jalanraya dan empat untuk offroad.

  • Normal Mode - fokus kepada keselesaan, penjimatan bahan api dan pemanduan santai.
  • Sport Mode - pemanduan jalanraya yang responsif, tukaran gear lebih pantas pada kelajuan enjin yang lebih tinggi serta tindakbalas lebih cepat dari pendikit. 
  • Grass/Gravel/Snow Mode - Untuk pemanduan off-road di kawasan permukaan licin dan tidak rata. Ia tidak akan menggunakan gear satu untuk mengelakan wheel-spin.
  • Mud/Sand Mode - Menggunakan gear rendah dengan tork tinggi untuk mencapai cengkaman terbaik dan juga bagi mengekalkan momentum pergerakan dalam permukaan yang mendap seperti pasir dan lumpur.
  • Rock Mode - Untuk pemanduan perlahan di kawasan berbatu.
  • Baja Mode - Baja disebut "ba-ha" dan bukan baja tanaman. Ia adalah nama sebuah gurun di sempadan US dan Mexico. Mod ini khusus untuk pemanduan offroad di kawasan berpasir dan licin pada kelajuan tinggi. Tractio control dikurangkan agr kenderaan mampu "drift" sedikit dan nisbah gear dibiarkan tinggi untuk kelajuan. Sukar untuk difikirkan kawasan mana di Malaysia yang wujud untuk mod ini.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Informasi
  Punca pertembungan Ford dan Ferrari di litar Le Mans 24 jam ini berpunca apabila rundingan Ford…
Berita Global
Dengan pengenalan Ford Mustang Mach-E, ia merupakan satu batu loncatan bagi Ford terhadap masa…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, "Kejayaan pantas hasil kolaborasi…