10 perkara anda perlu tahu mengenai alat pemadam api untuk kenderaan anda!

oleh SALINA JALIL|
Alat pemadam api (APA) ialah salah satu perkara yang anda patut ada di dalam semua kenderaan anda. Memang ia ada dijual di kedai-kedai “abang” dan di kedai serbaneka tetapi adakah anda tahu apa yang anda perlu beli?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Careta duduk bersama pengasas Kelab Isuzu D-Max RT50, saudara Md Izwan Abd Rahim, seorang ahli perniagaan berusia 35 tahun berasal dari Kuala Lumpur.

 

Antara cabang perniagaan beliau ialah membekalkan APA kepada premis-premis, baik komersil mahupun persendirian. Rupanya, ada banyak perkara yang kita kurang arif mengenai APA. Baca 10 nasihat beliau mengenai APA di dalam kenderaan. 

 

 1. Jangan panik 

 

Bila beli, terus baca panduan cara penggunaan pada botol Alat Pemadam Api (APA) agar anda tahu apa yang perlu dibuat. Selalunya, tarik tag plastik, tarik pin keselamatan besi dan halakan muncung ke punca api sebelum picu ditekan. Panik berlaku bila anda kurang informasi! 

 

 

2. Saiz paling sesuai untuk kereta ialah tin 1 kg 

Saiz ini sudah mencukupi kerana selalunya kita sudah nampak api ketika ia belum mulai marak. Saiz 1 kg akan mempunyai masa penggunaan atau discharge time selama enam saat (dari saat pin keselamatan ditarik sehingga gas habis).

 

 

3. Tempat letak Alat Pemadam Api paling sesuai di bawah tempat duduk penumpang hadapan 

Ini ialah kerana ia mudah dicapai ketika dalam kecemasan. Jika anda letak di but, anda perlu keluar untuk ambil. Jangan letak di bawah tempat duduk pemandu kerana dalam kecemasan atau perlanggaran, ia mungkin tercabut dan bergolek ke pedal. Ikat pemegang APA terus ke lantai kereta dengan kuat. Pastikan ia mudah ditarik keluar bila perlu. 

 

 

4. Alat Pemadam Api jenis aerosol tidak tahan lama 

Ada kedai yang menjual APA jenis aerosol seperti penyembur pewangi ketiak. Ia sangat kecil dan jangka hayat hanya dua ke tiga tahun sahaja. Paling sukar, ia tidak ada meter tekanan dan kita tidak tahu samada ia berfungsi atau tidak!

 

 

5. Selepas dipakai, jangan buang! 

Untuk APA 1 kg ke atas, selepas digunakan, ia boleh dihantar untuk servis dan isian semula. Menurut Izwan, kos isian semula untuk tong 1 kg ialah RM30 sahaja. 

 

 

6. Servis walaupun dipakai sedikit 

APA bukan seperti penyembur minyak wangi. Walau disembur sedikit untuk “mencuba”, serbuk ABC di dalam akan menyebabkan nozel berkarat dan tekanan udara di dalam akan perlahan-lahan keluar. Hantar servis bila pin telah dibuka dan serbuk disembur, walaupun sedikit! 

 

 

7. Tong Alat Pemadam Api mesti dalam keadaan menegak 

Ketika digunakan, tong mesti dalam keadaan tegak dan tidak boleh dibaringkan. 

 

 

8. Berdiri 1.5 m dari punca api 

Jangan berdiri terlalu dekat kerana serbuk mungkin akan terbang ke arah anda. Tekanan udara tinggi di dalam tong akan memancutkan serbuk dengan selamat dari jarak 1.5 meter. 

 

9. Alat Pemadam Api bersaiz 1 kg ke atas boleh tahan 10 tahun 

APA bersaiz 1 kg boleh tahan selama 10 tahun, mengikut piawaian syarikat pembuat. Namun begitu, lakukan pemeriksaan setiap tahun untuk pastikan tekanan masih ada.

 

 

10. Alat Pemadam Api perlu bukan untuk anda sahaja 

Anda perlu ada APA di dalam kenderaan anda. Ia bukan sahaja untuk memadamkan kebakaran pada kenderaan anda sekiranya terjadi, tetapi untuk membantu orang lain di jalanraya.

 

Menurut Izwan, kebakaran yang sering berlaku pada kenderaan modern ialah berpunca dari litar pintas. “Kenderaan sekarang menggunakan sistem suntikan bahan api atau fuel injection, ia sukar untuk terbakar ketika perlanggaran berbanding dengan sistem karburetor.

 

Pihak bomba pernah berkongsi pengalaman dengan saya dan menurut mereka, kebanyakan kebakaran kenderaan sekarang ini berpunca dari sistem lampu besar yang diubahsuai. Contohnya, geganti (relay) lampu besar diubah untuk cahaya lebih terang,” terang Izwan.

 

Izwan juga membekalkan APA untuk rumah. “Untuk rumah dua tingkat, saya cadangkan beli satu tong 2kg jenis CO2 untuk disimpan di tingkat bawah dan satu tong 3kg jenis serbuk ABC di tingkat atas.” Alasannya ialah kerana jenis CO2 sangat sesuai untuk kebakaran di dapur sementara serbuk ABC untuk kesemua jenis.

 

Berikut ialah harga siling alatan APA yang dijual Izwan melalui syarikat beliau, Heiyapresto Solutions Enterprise.

 

Cadangan Careta, kumpul ahli kelab kereta atau jiran-jiran dan beli banyak agar harganya boleh turun. Paling menarik, Izwan membuat penghantaran percuma (untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja).

 

  1. Alat pemadam api 1 kg serbuk ABC (sesuai untuk kereta) - RM70.00
  2. Alat pemadam api 2 kg serbuk ABC (sesuai untuk kenderaan besar seperti lori tiga tan) - RM85.00
  3. Alat pemadam api 2 kg CO2 (sesuai untuk kebakaran gas, elektrik, minyak masak di dapur) - RM140.00
  4. Alat pemadam api 3 kg serbuk ABC (sesuai untuk kegunaan am di rumah) - RM105.00
  5. Kotak kunci Break Glass untuk rumah (sesuai untuk disimpan kunci mangga gril tingkap rumah) - RM30 satu
  6. 3 in 1 Home Fire Kit lengkap dengan alat pemadam api 1 kg ABC, satu “fire blanket” dan satu pengesan asap - RM220

 

Izwan berkata walaupun negara belum mewajibkan alat pemadam api untuk setiap rumah, lebih baik jika kita beli sahaja sebagai persediaan. Malang tidak berbau, dan sesiapa yang pernah mengalami kebakaran premis, rasa takut itu susah untuk hilang. Untuk tempahan, hubungi Izwan di 012 251 3441 atau paling baik, email beliau di [email protected]

 

 

list of APA

 

Adakah "alat Pemadam Api Kenderaan Car Fire Extinguisher" 1kg mudah meletup jika disimpan didalam kenderaan?

Jawapannya TIDAK kerana ….

Bagi setiap “alat Pemadam  Api  Kenderaan Car Fire Extinguisher” 1 kg memiliki  panduan rekabentuknya.

Untuk makluman, APA dibuat dan boleh bertahan sehingga suhu dalam kenderaan setinggi 60 darjah Celcius. Mengikut kajian, suhu tertinggi  yang pernah  di catatkan  di Malaysia adalah 41  darjah celcius pada tahun 1998 dahulu.

Pastikan pembelian APA anda telah mendapat pengesahan dari SIRIM dengan memperolehi sijil rasmi MS 1539 PART 1 bagi ujian rekabentuk dan operasi  standard  di Malaysia dan lulus standard operasi antarabangsa BRITISH STANDARD BS EN 3-7 2004 + A1:2007