10 pemilik D-Max bertuah bakal ke Iceland, Greece, Turki dan Korea!

oleh Mohamad Hanif|
Isuzu Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk menghargai para pengguna yang memilih D-Max sebagai satu mod pengangkutan yang tahan lasak, berprestasi dan menawarkan penjimatan bahan api.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi peraduan 'Win an Adventure of a Lifetime', Isuzu Malaysia menawarkan pakej percutian kepada 10 orang pelanggan bertuah yang membeli sebuah Isuzu D-Max yang didaftarkan sebelum 30 September ini. 

Pemenang hadiah utama akan menikmati percutian 10 hari untuk dua orang dengan pakej penerbangan kelas pertama ke Iceland, manakala dua pemenang hadiah pertama pula akan menerima pakej 9 hari 7 malam ke Greece untuk dua orang. 

Hadiah tempat kedua pula bakal menyaksikan dua orang bertuah terbang ke Turki selama 9 hari 7 malam, manakala lima orang pemenang hadiah istimewa pula akan menikmati pakej percutian 8 hari 6 malam ke Korea. 

Kesemua pemenang peraduan akan menerima pakej penginapan di hotel empat bintang termasuklah hidangan makanan disediakan. 

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.isuzu.net.my/pickup dan juga laman Facebook Isuzu D-Max Malaysia di https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…