10 maut, kemalangan bas pekerja di Sepang malam tadi

oleh Mohamad Hanif|
Modenas

Sepuluh orang dipercayai maut selepas bas pekerja yang dinaiki mereka jatuh ke dalam longkang berhampiran kawasan MASKargo, Sepang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP  Zulkifli Adamshah berkata mangsa terdiri daripada lapan warga asing dan seorang pemandu bas tempatan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kejadian kira-kira 11.10 malam.

Seorang penumpang wanita warga asing pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang, katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkifli berkata siasatan awal mendapati bas terbabit yang membawa 43 penumpang warga asing yang juga pekerja kontrak MASKargo dalam perjalanan ke tempat kerja dari asrama mereka di Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, Hospital Banting dan Hospital Kajang untuk rawatan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya, sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - FrontDesk

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak MIROS mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan kerana ia menunjukkan kesungguhan…
Berita Domestik
Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin yang juga seorang pekerja kilang, membayar denda berjumlah…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…