10 kereta termahal di dunia yang dimusnahkan dalam penggambaran filem

oleh Mohamad Hanif|
Sudah pasti ada di antara pembaca Careta yang gemarkan filem-filem yang memaparkan aksi kejar-mengejar kereta, tidak kira yang mengikut undang-undang fizik dunia ataupun yang bergantung sepenuhnya kepada CGI dengan logik yang tak masuk akal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kajian terbaharu oleh Confused, terdapat 10 kereta termahal di dunia yang dimusnahkan betul-betul dalam set penggambaran filem.
 

917K


Kereta yang paling mahal dimusnahkan jatuh kepada Porsche 917K sewaktu penggambaran filem Le Mans 1971, di mana babak kemalangan itu sebenarnya tidak termasuk di dalam skrip filem.

Jentera Porsche 917K yang dipandu oleh David Piper itu dilapor melanggar tembok penghadang disebabkan oleh tayar yang pecah sewaktu penggambaran berkelajuan tinggi, dan walaupun berdepan dengan kerosakan teruk jentera itu telah berjaya dibina semula.

Salah satu Porsche 917K pernah dijual pada harga $14 juta (RM66 juta) pada tahun 2017, dan nilainya semakin meningkat pada hari ini, menjadikannya salah satu kereta korban termahal di dalam industri perfileman.
 

DB10


Kereta kedua termahal yang dimusnahkan dalam set penggambaran merupakan Aston Martin DB10 dalam filem James Bond Spectre (2015).

10 unit telah dibina khas oleh Aston Martin untuk filem tersebut, dan tujuh daripadanya telah dimusnahkan.

Salah satu daripada tiga unit yang masih lagi elok telah dijual pada tahun 2016 dengan nilai mencecah £2,434,500 (RM13 juta).
 

iron man 2


Tempat ketiga disandang oleh Rolls-Royce Phantom dari filem Iron Man 2 (2010).

Sedan mewah milik watak Tony Stark itu dimusnahkan oleh watak Ivan Vanko di dalam babak perlumbaan F1 di Monaco dengan menggunakan cambuk berelektriknya.

Berikut merupakan senarai 10 kereta termahal yang menjadi korban dalam penggambaran filem:

    Porsche 917K – Le Mans (1971) – $14 juta
    Aston Martin DB10 – Spectre (2015) – $3.6 juta
    Rolls-Royce Phantom – Iron Man 2 (2010) – $493k
    Lamborghini Murcielago LP640 – The Dark Knight (2008) – $354k
    Ford Falcon XB GT Coupe – Mad Max 2: Road Warrior (1981) – $265k
    Aston Martin DBS – Casino Royale (2006) – $225k
    1967 Ford Mustang “Eleanor” – Gone in 60 Seconds (2000) – $219k
    1941 Lincoln Continental – The Godfather (1972) – $209k
    1969 Mercedes-Benz 280SE Cabriolet – The Hangover (2009) – $165k
     Lamborghini Huracan – Doctor Strange (2016) – $165k

Sumber: Confused

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  Cap hpi menggunakan kaedah undian di kalangan editor permotoran firma yang diasaskan pada tahun…