10 kereta terlaris di US (Jan-Sept 2019)

oleh HEZERI SAMSURI|
Amerika Syarikat mencatat jualan kenderaan sebanyak 17.3 juta unit untuk tahun 2018.

Jumlah itu jauh berbeza dari jualan negara kecil seperti Malaysia yang menjual 533,202 unit tahun lalu.

Oleh kerana jumlah jualan yang tinggi, kesemua syarikat kenderaan mahu menceburi pasaran US.

Namun begitu, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana rakyat Amerika gemarkan kenderaan-kenderaan dari syarikat tempatan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apapun, jenama-jenama dari Jepun dan Korea sudah mula mengetuk pintu dan ada yang sudah tersenarai di dalam 10 kenderaan paling popular di USA.

Careta kongsikan apakah kenderaan yang paling digemari oleh penduduk negara Uncle Sam itu untuk suka ketiga tahun 2019.

 

 

10. Toyota Corolla (Jumlah jualan Januari-September 2019 - 233,978 unit)

Di tangga ke-10, Toyota Corolla nampaknya menjadi pilihan ramai penduduk US.

Enjin 2.0L untuk varian hatchback menghasilkan 168hp sementara varuan sedan masih menggunakan enjin 1.8L 132hp.

Transmisi ialah manual 6-kelajuan atau sistem automatik CVT.

Tidak seperti dahulu, Corolla dengan bentuk sporty disasarkan untuk golongan lebih muda di sana.

 

 

9. Chevrolet Equinox (Jumlah jualan Januari-September 2019 - 253,956 unit)

Crossover kompak dari jenama Bow-Tie ini diberikan banyak peningkatan, terutama dari segi teknologi kabin dan ciri-ciri keselamatan (AEB contohnya).

Ia juga didatangkan dengan enjin petrol (1.5L turbo dan 2.0L turbo) dan enjin diesel 1.6L turbo.

Hairan kerana Chevy tidak mahu memberikan produk sehebat ini di Asia Tenggara.

Mungkin jika mereka lebih fokus dan merendah diri, jenama itu akan lebih kukuh di rantau ini.

 

 

8. Honda Civic (Jumlah jualan Januari-September 2019 - 255,484 unit)

Civic juga popular di Amerika Syarikat dan berjaya mengatasi Toyota Corolla.

Kesemua keluarga Civic ada dijual di US, dari model sedan biasa ke hathcback, varian touring, versi Si dan juga semestinya, Type-R.

Paling popular ialah model sedan dengan 1.5L turbo yang turut dijual di sini.

 

 

7. Toyota Camry (Jumlah jualan Januari-September 2019 - 258,456 unit)

Dilancarkan tahun lalu, Camry di US hanya menerima pembaharuan dengan penambahan Apple CarPlay sahaja.

Namun begitu, platform TNGA baharu yang digunakan sangat berkesan kerana ia memberikan pengendalian yang lebih dinamik serta sporty, tetapi mengekalkan keselesaan.

Amerika menerima pelbagai barisan enjin untuk Camry - dari enjin 2.5L, 3.5L V6 dan varian hybrid yang sangat popular.

 

 

6. Nissan Rogue (Jumlah jualan Januari-September 2019 - 272,300 unit)

Kegilaan SUV turut melanda US dan Nissan Rogue atau X-Trail di Malaysia adalah kenderaan kelapan paling popular di sana.

Varian 2019 diberikan kemasan baharu serta sistem keselamatan ProPilot.

Enjin standard untuk US ialah 2.5L dengan 170 hp.

 

 

5. Honda CR-V (Jumlah jualan Januari-September 2019 - 280,739 unit)

Walaupun dilancarkan dalam tahun 2017 dan menerima sedikit perubahan dalam tahun 2018, CR-V masih lagi popular di US.

Varian asas CR-V di sana menggunakan enjin 2.4L dengan 184 hp sementara varian lain menggunakan enjin 1.5L turbo dengan 190 hp.

Pacuan roda hadapan juga standard dan AWD adalah pilihan tambahan (boleh dipilih, tambahlah duit).

Antara punca kenapa ia popular ialah kerana ia menjimatkan bahanapi, ruang kabin dan letak barang yang luas serta perangai tidak banyak songeh.

 

 

4. Toyota RAV4 (Jumlah jualan Januari-September 2019 - 324,522 unit)

Ini ialah SUV paling popular di US dan bentuknya memang disasarkan kepada pengguna muda yang rata-rata percaya akan reputasi lasak Toyota dan penyelenggaraan yang mampu milik.

Enjin paling asas ialah 2.5L dengan transmisi 8-kelajuan automatik.

Varian hibrid tetap ditawarkan sementara varian Adventure lengkap dengan mod pemanduan untuk pemanduan off-road.

Sayang sekali Toyota tidak mahu menawarkan RAV4 di Malaysia dengan harga kompetitif.

Mungkin Malaysia hanya layak dengan Fortuner dan Rush di mata mereka.

 

 

3. Chevrolet Silverado (Jumlah jualan Januari-September 2019 - 412,259 unit)

Sama seperti di Thailand, trak pikap adalah kenderaan paling popular di US.

Di tempat ketiga ialah Chevrolet Silverado yang ditawarkan dengan enjin-enjin 2.7L 4-silinder, 4.3L V6, 5.3L V8 dan 6.2L V8.

Ya, di sana tidak ada cukai jalan yang mahal dan di sana masih ramai yang mampu menggunakan enjin-enjin pelahap bahanapi.

 

 

2. RAM 1500 - 3500 (Jumlah jualan Januari-September 2019 - 461,115 unit)

Jika dahulu dikenali sebagai Dodge RAM, Chrysler telah menukarkan namanya kepada RAM sahaja.

Trak pikap kambing garang (Ram ialah sejenis kambing seperti kambing gunung) mempunyai tiga jenis kabin - Regular, Quad dan Crew).

Enjin pula ialah 3.6L, 5.7L Hemi V* dn enjin 3.0L V6 turbodiesel.

Seperti Nissan Navara di Malaysia, ia menggunakan sistem gantungan spring pegas (coil spring) di belakang.

Trak kambing ini dikenali sebagai trak pikap yang lasak tetapi selesa.

 

 

1. Ford F-Series (Jumlah jualan Januari-September 2019 - 662,574 unit)

Trak pikap nombor satu dan kenderaan paling popular di US kekal Ford F-Series.

Ford memastikan ada satu trak pikap yang sesuai untuk apa jua kegunaan dan kerana itu, ia mempunyai banyak varian.

Pilihan enjin adalah dari jenis V6, V8, petrol, diesel, transmisi automatik 6-kelajuan, 10-kelajuan, pacuan roda belakang, pacuan 4 roda, kabin regular, super cab, dan pelbagai lagi.

Seperti Ford Ranger, ia adalah trak pikap paling selesa dengan kualiti pembuatan yang lebih baik dari kereta sedan. Ford F-Series menggunakan badan aluminium untuk menurunkan berat badannya.

Pengendaliannya juga adalah terbaik di kalangan trak pikap, sama seperti adiknya, Ranger.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Pemiliknya, Stellantis percaya model perniagaan terbaharu Fiat yang menawarkan pemasaran dari segi…
Berita Global
Raimondo berkata EV dari China boleh dijual di US sekiranya ada cukup kawalan dari kerajaan…