10 kereta paling laku di UK untuk 2022

oleh Penyumbang Rencana 2|
Jualan kenderaan di UK memang seperti di mana-mana negara maju yang lain, sentiasa menurut tren semasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kali ini, ditampilkan senarai 10 kenderaan paling popular dalam senarai jualan di UK untuk tahun 2022, sehingga bulan November.

 

10. Tesla Model Y

Model Y


Pasaran kenderaan elektrik (EV) di UK ialah 14.6 peratus untuk tahun ini dan model Tesla ini ialah yang paling popular dengan 20,659 unit terjual.

 

9. Kia Niro 

Kia niro


Rekabentuk memainkan peranan yang penting dan nampaknya model dari Kia ini memang menarik - punca utama kenapa 21,456 unit sudah terjual tahun ini.

 

8. Volkswagen Golf

Golf


Sebanyak 22,683 unit sudah dijual, membuktikan hatchback masih diminati di sana. 

 

7. Ford Kuga

kuga


Tren SUV berterusan dengan model Ford ini. Selain dari jenama yang cukup kuat di sana, Kuga mempunyai pelbagai kelebihan seperti ruang dalam yang luas dan ciri-ciri yang mudah digunakan. Sebanyak 22,824 unit telah didaftarkan tahun ini.

 

6. Hyundai Tucson

tucson


SUV Korea ini mencuri hati ramai pembeli (sebanyak 24,326 orang sebenarnya) kerana kualiti dan prestasi yang baik.

 

5. Mini

Mini


Jika anda perasan kenapa Mini sudah seperti Myvi di UK, sebabnya ialah 25,756 unit telah dijual tahun ini, membuktikan Mini kekal sebagai sebuah ikon kegemaran rakyat Britain. 

 

4. Kia Sportage

Kia


Model dari Korea ini sebenarnya ialah kenderaan paling popular bulan Januari lalu. Walaupun sudah menurun sedikit, Kia masih mampu menjual sebanyak 26,393 unit. Rekabentuk yang bergaya dengan ciri-ciri standard yang tinggi menjadikan ia belian yang bijak.

 

3. Ford Puma

puma


Crossover cilik yang dibina diatas platform Fiesta ini sungguh popular, dan 30,898 unit berjaya dijual. Kabin yang cantik dan berkualiti serta enjin yang berkuasa dan pengendalian sporti adalah antara sebab yang diberikan oleh pembeli untuk memilih kucing Eropah itu.

 

2. Vauxhall Corsa

Corsa


Rakyat UK masih percaya kepada jenama tempatan ini walaupun ia dijaga oleh General Motors dari US. Corsa dikatakan sebagai belian terbaik untuk 32,126 orang yang membelinya tahun ini.

 

1. Nissan Qashqai

qashqai


Jenama Jepun muncul sebagai juara kenderaan terbaik tahun ini setakat bulan November. Harga yang mampu, menjimatkan bahan api, kualiti yang bagus serta dilengkapi dengan ciri-ciri high-tech terkini, Nissan berjaya meyakinkan seramai 33,562 pembeli untuk membawanya pulang.

Sumber: Top Gear