10 kereta paling kerap kemalangan, Mustang tak masuk senarai!

oleh Mohamad Hanif|
Entah apa sebabnya, setiap kali Ford Mustang membuat kemunculan dalam laman maya, kereta itu kerap kali dikaitkan dengan kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandunya.

Namun, usah risau kerana Ford Mustang bukanlah kereta 'top ten' yang kerap kali terlibat dalam kemalangan.

Insurify telah memeriksa lebih daripada 4.6 juta permohonan insurans kenderaan di Amerika Syarikat, dan mengenal pasti peratusan pemandu yang mengalami kemalangan akibat silap sendiri mengikut model kenderaan.
 

Audi S4


Tempat pertama disandang oleh Audi S4, di mana 11.7 peratus pemilik sedan sporti tersebut didapati pernah berdepan dengan situasi kemalangan disebabkan oleh kesilapan sendiri.

Tidak mengejutkan juga apabila model tersebut merupakan 'juara' dalam senarai Insurify di dalam kategori kenderaan yang paling banyak menerima saman had laju.
 

iA


Menariknya, tempat kedua dan ketiga dikuasai oleh model bukan berprestasi tinggi, iaitu Scion iA (sedan rebadge Mazda2) dan Chevrolet Volt, sementara tempat keempat dan kelima masing-masing disumbangkan oleh pemilik Hyundai Veloster dan Toyota GR86.

Daripada 10 kereta yang disenaraikan, tiga daripadanya terdiri daripada kenderaan berjenama Subaru, iaitu Subaru WRX (tangga ke-6), Subaru XV (tangga ke-7) dan Subaru Impreza (tangga ke-10).
 

insurify


Sumber: Insurify

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Di sini kami senaraikan kenapa pembelian SUV semakin meningkat naik. 1. Ia tinggi Kedudukan…
Berita Domestik
"Saya difahamkan seorang wanita mengandung terperangkap di dalam Perodua Kancil itu namun berjaya…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima…