10 kereta dengan angka jualan tertinggi di dunia sehingga kini!

oleh SALINA JALIL|
Pernah terfikir model kereta manakah yang menduduki takhta sebagai kereta yang paling banyak dijual di dunia? Kami kongsikan bersama model-model kereta ini dari serata dunia, walaupun ada di antaranya tidak pernah hadir ke negara kita!

 

Jangan terkena sakit jantung sebab terkejut pula ya!

 

Di tangga ke-10 adalah:

 


10.  Ford Fiesta - 15 juta unit

 

Fiesta ini telah diperkenalkan oleh Ford sejak tahun 1976. Dari tahun 1977 sehingga 1980, pada mulanya ia cuma untuk pasaran negara Amerika sahaja, kemudian dalam tahun 2010 sehingga kini, Fiesta telah dibawa masuk ke serata negara-negara di Eropah dan Asia.  Tetapi kebanyakan masih kekal di Eropah dan angka 15 juta tersebut datangnya dari benua tersebut.

 

 

9.  Ford Model T - 16.5 juta unit

 


Model pertama T telah dihasilkan lebih dari 100 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1908. Ford Model T telah dijual sehingga 16.5 juta. Pada tahun 1914, kereta ini menguasai 90 peratus pasaran kereta global. Model model pertama ini dijual pada harga $850 (USD) atau sekitar $21,179 (USD) dalam nilai hari ini

 

 

8.  Honda Accord - 17 juta unit


Honda Accord telah diperkenalkan pada tahun 1976. Model ini telah mendapat tempat di persada pasaran automotif dengan jualan sehingga 17 juta di serata dunia.

 

Accord per generations

 


7.  Ford Escort - 18 juta unit

 

Ford Escort adalah sebuah kereta untuk keluarga kecil yang dihasilkan oleh Ford Europe dari tahun 1968 hingga 2004. Nama Ford Escort  juga diterapkan pada beberapa kereta kecil yang dihasilkan di Amerika Utara oleh Ford di antara 1981 sehingga 2004.

 

Escort ini dikeluarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981 tetapi angka jualan tertinggi datangnya dari negara-negara di Eropah.  

 

 

6.  Honda Civic - 18.5 juta unit

Dalam tahun 1972, Honda mula keluarkan model Civic ini. Model ini juga telah mengorak langkah menaikkan jenama Honda di pasaran dunia. Sehingga akhir tahun 2018, Civic telah terjual sehingga 18.5 juta di serata dunia.

 

civic

 


5.  Volkswagen Beetle - 23.5 juta unit

Siapa yang tidak kenal dengan Beetle ini? Model ikonik dari Volkswagen ini yang tidak lapuk dek zaman!

Pengeluaran Beetle bermula dari tahun 1938 sehingga 2003. Ia sangat popular dengan angka jualan sebanyak 21.5 juta unit selama 'pemerintahannya' di jalanan  selama enam dekad. Beetle telah diberi 'rupa' baharu untuk pasaran dunia dan sehingga akhir tahun 2018, lebih dari 23.5 juta model ini telah dijual.


Walau bagaimanapun model ikonik ini telah dihentikan pengeluarannya tahun ini.
 

beetle

 

 

4.  Volkswagen Passat -  30 juta unit


Passat memasuki pasaran pada tahun 1973 dan sedan segmen D ini telah melepasi lapan generasi dan menjual lebih daripada 30 juta model di seluruh dunia sehingga hari ini.  

 

 

3.  Volkswagen Golf - 30 juta unit


Volkswagen Golf ini asalnya terlalu 'berkotak' bentuknya tetapi sejak zaman 90an, ia mula diubah dengan memberikan lengkungan yang menarik kepada reka bentuknya.Pada tahun 1992, Golf ini telah memenangi anugerah European Car of the Year. Ia masih kekal relevan sehingga hari ini dengan jualan melebihi 30 juta secara global.

 

VW Golf

 


2.  Ford F-Series - 40 juta unit

 

Model ini tidak hadir ke negara kita tetapi ia tetap berjaya di Amerika Syarikat. F-150 pertama kali diperkenalkan pada tahun 1948. Angka jualannya melebihi 40 juta model di seluruh dunia. 

Secara mata kasar, saiz F-Series ini lebih tiga kali besar dari Ford Ranger biasa.
 

 

1. Juara sebagai kereta terbanyak terjual adalah Toyota Corolla - 43 juta unit

 

Jenama Toyota yang kukuh telah mendapat jolokan sebagai jenama yang boleh dipercayai, apatah lagi dengan harga yang mampu milik dan di bawah $20,000 (USD) untuk model ini. Ia telah dihasilkan sejak 1966 dan telah menjual lebih daripada 43 juta unit di seluruh dunia. 

 

corolla

 

Corolla ini telah berjaya mengekalkan kedudukan sebagai JUARA sebagai model yang terbanyak di dunia sejak bertahun-tahun lamanya.

 

Tahniah Toyota dan kepada pemilik jenama ini, anda pasti boleh berbangga kerana telah menyumbang ke arah ini.

 

corolla 2019
 

 

 

 

Sumber: https://thehumblerich.com/10-most-sold-cars-ever-in-the-world-2019/

Add new comment

Careta Ad