10 kapal mewah terbesar di dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk golongan hartawan elite, permainan mewah mereka memang tidak akan habis-habis.

Di Malaysia contohnya, kita boleh lihat gaya hidup mereka akan bermula dengan kereta-kereta mewah recond.

Seterusnya, mereka akan sedar bahawa mereka boleh membeli jentera mewah baharu yang ditempah mengikut selera mereka, dan waktu menunggu itu adalah satu perkara premium kerana mereka "mampu menunggu".
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kuda juga sudah mula menjadi lebih popular di kalangan bangsawan Malaysia, dan rumah besar di luar bandar lengkap dengan trek menunggang kuda menjadi kebanggaan.

Namun begitu sekiranya mereka mahu masuk ke dalam golongan hartawan global, tidak ada yang boleh menandingi status pemilikan sebuah kapal mewah atau "yacht".

Golongan ini tidak perlu mempamerkan kekayaan mereka di khalayak ramai di tengah bandar kerana ia adalah sesuatu yang lazim.

Pemilikan sebuah "yacht" adalah lebih kepada pameran di antara kelompok elitist tersebut, dan semakin lama, kapal-kapal mewah ini semakin besar.

Di bawah ialah senarai 10 kapal mewah atau "superyacht" terbesar di dunia.

 

 

1. Azzam (180.61 meter)

  • Kapal mewah terbesar dunia ini dibina oleh syarikat perkapalan Jerman, Lürssen.
  • Siap dibina pada bulan Oktober 2013, dan sehingga sekarang masih memegang takhta kapal mewah peribadi paling besar.
  • Ruangan kabin direka oleh Christophe Leoni.
  • Rekabentuk luaran pula ialah dari Nauta Yacht.
  • Kerja-kerja kejuruteraan jentera ini dilakukan oleh Mubarak Saad al Ahbabi.
  • Kelajuan maksimum ialah melebihi 31.5 knot (lebih kurang 58 kmsj), sama dengan kelajuan kapal frigate tentera laut.
  • Dua enjin turbin gas dan dua enjin diesel MTU digunakan untuk menjana tenaga kepada dua unit jet air Modular axial Wartsila untuk kelajuan maksimum.
  • Bagi kelajuan malar 18 knot bagi pelayaran jauh, ia menggunakan dua enjin diesel 9,000 kW konvensional. Ia boleh melayari lautan Atlantik tanpa perlu berhenti mengisi minyak.
  • Ia mengambil masa selamat empat tahun untuk dibina dan 4,000 orang pekerja digunakan.
  • Kos pembuatan pula ialah melebihi US$500 juta.
  • Pemiliknya ialah Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan.

 

 

 

2. Eclipse (162.5 meter)

  • Dibina oleh Blohm+Voss (juga dari Jerman dan kini dimiliki oleh Lürssen), Eclipse mula bertugas sejak tahun 2010.
  • Bahagian dalam, luaran dan rekabentuk struktur utama dan pembinaan dihasilkan oleh Terence Disdale Design.
  • Ia mempunyai sebuah kolam renang sepanjang 16 meter yang boleh ditukar menjadi dewan tarian atau tempat mendarat muat untuk tiga helikopter.
  • Eclipse pernah memenangi anugerah Motor Yacht of the Decade semasa Anugerah Superyacht Dunia 2015.

 

 

3. Dubai (162 meter)

  • Dimiliki oleh Timbalan Presiden dan Perdana Menteri untuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
  • Ia sebenarnya dibina oleh kolaborasi dua syarikat perkapalan Blohm+Voss dan Andrew Winch untuk Putera Jefri dari Brunei.
  • Namun begitu pembinaannya terhenti semasa struktur utama (super structure) sedang dalam proses dihasilkan.
  • Kerajaan Dubai kemudiannya membeli kapal yang masih belum siap ini dan memindahkannya dari Jerman ke Dubai di mana Kostis Antonopoulos dari syarikat Platinum Yachts menyambung semula projek tersebut.
  • Ia mempunyai lapan tingkat dan mampu memuatkan 115 penumpang (termasuk kru seramai 88 orang).
  • Dubai juga lengkap dengan liba suite VIP, enam suite tetamu (semua dengan balkoni terbuka) dan kolam renang.
  • Ia juga mempunyai tempat simpanan untuk kapal selam dan tempat mendarat untuk helikopter Sikorsky UH-60 Black Hawk.

 

 

4. Dilbar (156 meter)

  • Dilbar mungkin 30 meter lebih pendek dari kapal mewah terbesar Azzam, tetapi ia mempunyai ruang dalam paling besar, iaitu 15,917 GT (gross tonnage).
  • Ia dibina oleh syarikat Espen Øino dari Monaco dan kapal ini sekarang dimiliki oleh billionaire Uzbekistan, Alisher Usmanov.
  • Walaupun ia mempunyai ruang dalam yang besar, Dilbar hanya direka untuk mengambil 24 orang tetamu untuk menghuni kawasan sebesar 3,800 meter itu.
  • Namun begitu, dengan kekuatan 100 orang kru, setiap tetamu pasti dilayan seperti seorang sultan.
  • Selain dari itu, Dilbar mempunyai sebuah kolam renang sebesar 180-meter kubik dan digerakkan oleh jentera elektrik diesel yang menghasilkan 30,000 kW.

 

 

5. Al Said (155 meter)

  • Kapal mewah ini ialah kapal utama dalam Skuadron Yacht DiRaja Oman.
  • Nama Al Said ialah sempena nama pemiliknya, Sultan Qaboos bin Said Al Said.
  • Direka oleh Espen Øino dan dibina di limbungan kapal Vegesack milik Lürssen, nama projek ini semasa pembinaan ialah Project Sunflower.
  • Ia mempunyai kru seramai 150 orang dan mampu memuatkan 65 orang tetamu.
  • Kelengkapan termasuk dewan konsert dan bilik orkestra untuk 50 orang pemuzik.

 

 

6. El Mahrousa (150.67 meter)

  • Kapal yang kini bertugas sebagai kapal mewah Presiden Mesir dibawah seliaan Tentera Laut Mesir ini adalah bukti bahawa jentera berusia masih mampu bertugas dengan cemerlang jika dijaga dan sentiasa diperbaiki.
  • El Mahrousa dibuna oleh limbungan kapal Samuda Brothers dalam tahun 1865.
  • Ia adalah kapal mewah terbesar dunia selama 100 tahun, iaitu sehingga kapal Putera Abdulaziz siap dalam tahun 1984.
  • El Mahrousa sebenarnya dibina untuk dinaiki oleh dif dif terhormat semasa pembukaan terusan Suez dalam tahun 1869 oleh Gabenor Ottoman Mesir.
  • Kapal ini sudah dibina semula beberapa kali, bermula dalam tahun 1972 di mana ia dipanjangkan 12.1 meter lagi dan roda pengayuh (paddle wheel) dibuang.
  • Dengan usia 156 tahun, pastinya kapal mewah ini mempunyai banyak rahsia.

 

 

7. A+ (147.25 meter)

  • Dibuat oleh syarikat Lürssen dalam tahun 2012, kapal mewah ini sebenarnya mempunyai banyak "misteri".
  • Nama asal kapal ini ialah Topaz tetapi diubah menjadi A+ dalam tahun 2019 dan beroperasi di bawah bendera Kepulauan Cayman.
  • Ia kini diberitakan milik jutawan elit UAE, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan yang juga pemilik kelab bola Manchester City.
  • A+ atau Topaz dikhabarkan pernah disewa dua kali oleh selebriti Leonardo DiCaprio.
  • Kapal mewah yang bernilai US$688 juta ini juga pernah dikatakan terbabit dengan skandal 1MDB.

 

 

8. Putera Abdulaziz (147.01 meter)

  • Dibina dalam tahun 1984 oleh sebuah syarikat perkapalan Denmark, Helsingor Vaerft.
  • Ia dibuat khusus untuk Raja Fahd dari Arab Saudi dengan kos US184 juta.
  • Rekabentuk dalaman adalah hasil karya seni David Hicks dan ruang lobi dikatakan dibina berdasarkan lobi kapal legenda Titanic.
  • Ia mempunyai sebuah masjid, panggung wayang dan oh ya, peluru berpandu darat ke udara serta sistem pemantauan bawah laut.
  • Kapal ini berada di sebelah istana Raja Arab Saudi di Jeddah.

 

 

9. Sailing Yacht A (142.81 meter)

  • Tidak seperti kapal-kapal lain di dalam senarai ini, Sailing Yacht A memang benar-benar mempunyai layar untuk beroperasi bersama enjin elektrik diesel kawalan komputernya.
  • Ia mempunyai layar selebar 3,747 meter persegi dan diikat pada tiga tiang layar utama ssetinggi lebih 100 meter.
  • Tiang layar itu adalah tiang layar buatan karbon tertinggi di dunia.
  • Selain dari itu, ia mempunyai dek tinjauan bawah laut, balkoni yang ditutup dengan kepingan-kepingan kaca besar serta pelbagai lagi kemewahan.
  • Kapal setinggi lapan tingkat ini mempunyai kru seramai 54 orang.
  • Ia dimiliki oleh industrialist dan billionaire Rusia, Andrey Melnichenko.
  • Seperti dijangka, rekaan dihasilkan oleh Philippe Starck dan dibina di syarikat perkapalan Jerman Nobiskrug dalam tahun 2017.

 

 

10. Nord (142 meter)

  • Kapal paling baharu, ia siap dibina tahun ini (2021) dan nama asalnya sebelum pembinaan ialah Project Redwood.
  • Semasa pembinaan, namanya bertukar kepada Opus dan sekarang akhirnya ia berjumpa nama yang lebih sesuai, Nord.
  • Ia direka oleh Nuvolari Lenard dan mempunyai beberapa fungsi yang menarik.
  • Antaranya ialah Nord ini mempunyai sebuah "beach club" dan pusat sukan air dan terjun, dua tempat mendarat helikopter dan sebuah garaj yang mampu menyimpan pelbagai jenis "mainan" seperti kapal selam dan ROV (kapal selam mini kawalan jauh).
  • Ia mempunyai 20 suite mewah dan mampu membawa 36 tetamu di dalam keadaan semewah istana raja.
  • Pemiliknya ialah Alexei Mordashov, anak kepada sepasang pekerja kilang besi miskin yang kini menjadi orang paling kaya di Rusia (US$29.1 billion mengikut carta Forbes).


* Laporan asal dari Luxuo