10 individu naiki lima kenderaan dikompaun RM2,000 setiap seorang

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Danial Saad
Polis mengeluarkan kompaun masing-masing RM2,000 terhadap 10 individu kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) di Bagan Ajam, di Butterworth, semalam.


Dalam operasi bermula 5.30 petang, polis menahan lima kenderaan dan hasil siasatan mendapati mereka menaiki kenderaan bersama walaupun bukan ahli keluarga atau tinggal di rumah yang sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihak polis melakukan pemantauan di kawasan tumpuan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 untuk memastikan SOP dipatuhi.

 

"Hasil pemeriksaan selama satu jam di kawasan pasar raya dan restoran pandu lalu, di sini, polis menahan lima kenderaan terdiri tiga kereta dan dua motosikal.

"Siasatan lanjut mendapati mereka bukan ahli keluarga atau tinggal dalam kediaman yang sama, namun datang membeli barang keperluan menaiki kenderaan sama sekali gus melanggar SOP ditetapkan.

 

"Mereka juga memberi pelbagai alasan tidak munasabah antaranya hanya menemani rakan dan 10 individu berusia 19 hingga 24 tahun itu masing-masing dikompaun RM2,000," katanya ketika dihubungi.

 

Menurutnya, tindakan kompaun dibuat mengikut Peraturan 16 (2) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

 

Katanya, walaupun jumlah penumpang iaitu dua orang mengikut SOP yang ditetapkan, tetapi jika bukan ahli keluarga atau orang dalam rumah yang sama tetap menjadi kesalahan.

 

"Orang ramai perlu sedar kadar jangkitan Covid-19 masih tinggi dan daerah Seberang Perai Utara masih berada dalam zon merah.

 

"Jadi tidak perlu ambil mudah dan sewenang-wenangnya melanggar SOP kerana sikap sebegini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi…
Berita Domestik
"Jadi, apa-apa prosedur yang tidak terpakai dan relevan pada EV ini kita perlu buat perubahan. Ini…
Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…