1 per 3 kereta baharu di Singapura adalah EV

oleh Firdaus Razani|
Kira-kira satu daripada tiga kereta baharu yang didaftarkan di Singapura dari Januari hingga Mei adalah kenderaan elektrik (EV).

Jumlah tersebut adalah hampir dua kali ganda daripada angka 2023 iaitu sebanyak 18.1 peratus.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat, Insentif kewangan untuk membeli kenderaan tenaga yang lebih bersih, geran untuk menyokong pemasangan pengecas di kediaman dan undang-undang untuk memastikan pengecas selamat telah menyebabkan penggunaan EV meningkat dengan ketara.

Pemasangan pengecas EV juga berada di landasan yang betul untuk menyokong pertumbuhan populasi EV, dengan lebih daripada 7,100 tempat pengecasan di seluruh Singapura hari ini.

Ia termasuk tempat pengecasan di lebih satu pertiga tempat letak kereta Lembaga Perumahan, kata Chee dalam jawapan bertulis kepada soalan parlimen.

Ahli Parlimen Yip Hon Weng, telah bertanya tentang rancangan untuk menjadikan pembelian dan memiliki EV lebih menguntungkan pengguna, dan bagaimana pembangunan infrastruktur pengecasan EV sedang berkembang.

Maklumat terkini daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menunjukkan bahawa daripada 14,802 kereta baharu yang didaftarkan dari Januari hingga Mei, 4,819 unit atau 32.6 peratus adalah EV.

Dari segi insentif, pembeli EV baharu mendapat rebat sehingga $40,000 (RM139,000).

$15,000 (RM52,000) melalui Insentif penggunaan awal EV dan sehingga $25,000 (RM87,000) daripada Skim emissions kenderaan yang dipertingkatkan.

 

SUMBER : StraitsTimes

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perkembangan terkini, pengeluar jenama Britain yang kini dimiliki oleh Geely itu mengumumkan…
Berita Domestik
"Malaysia adalah lokasi yang sangat menarik, kita adalah pengeksport produk semikonduktor keenam…
Berita Domestik
"Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai…