1 Ogos - Pelitup muka wajib jika guna pengangkutan awam atau berada di kawasan padat

oleh HEZERI SAMSURI|
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemakaian pelitup muka sebagai satu perkara wajib bermula Sabtu ini (1 Ogos) akan bertumpu kepada sektor pengangkutan awam dahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini disebabkan bas dan keretapi dibenarkan mengambil jumlah maksimum penumpang dan tidak lagi mengamalkan penjarakan sosial.

"Kami mempunyai bukti bahawa pemakaian pelitup mula mampu memecahkan rantaian Covid-19 sebanyak 60 peratus," ujarnya petang tadi.

"Sebelum ini kami cuma mengesyorkan penggunaan pelitup muka ketika menggunakan pengangkutan awam tetapi sekarang ia akan diwajibkan di bawah Akta 342 bermula 1 Ogos ini," sambungnya lagi.

Selain dari pengangkutan awam, Dr Noor Hisham juga berkata penggunaan pelitup muka adalah wajib di kawasan yang padat dan di kawasan tertutup.

Kementerian juga sedang mencari jalan untuk membekalkan pelitup muka secara percuma untuk kumpulan B40 dan sebagainya.

Denda yang bakal dikenakan kepada yang engkar ialah RM1,000.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…