0% GST: Model Perodua sehingga RM3,500 lebih murah!

oleh Mohamad Hanif|
Perodua telah mengeluarkan senarai harga baru bagi semua modelnya berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 0% mulai 1 Jun 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula pada 1 Jun, semua kenderaan Perodua secara purata berharga 5.6% lebih rendah berbanding sebelumnya. 

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Dato’ Dr. Zahari Husin berkata, "kami menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menggunakan kesempatan yang terbaik dalam tempoh tiga bulan ini untuk membeli kenderaan Perodua."

Kesemua harga jualan kenderaan, caj servis, dan pembelian alat ganti juga akan menggunakan tanda harga baharu 0% GST bermula 1 Jun. 

 


Selain daripada itu, Perodua juga menawarkan rebat sehingga RM800 untuk model dan varian yang terpilih.

Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh berkunjung ke bilik pameran Perodua yang berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut promosi terbaharu daripada Perodua.
 


Berikut merupakan senarai harga jualan kenderaan terkini yang dikeluarkan oleh Perodua. 

AXIA

 

GST Zero Rated

With GST 6%

Model

Color

Peninsular

1000 E (MT)

Solid/ Metallic

 22,621.78

23,965.89

1000 G (MT)

 31,821.75

33,717.86

1000 G (AT)

 33,656.54

35,662.73

1000 SE (MT)

 34,573.93

36,635.17

1000 SE (AT)

 36,408.73

38,580.05

1000 AV (AT)

 39,160.92

41,497.38

 

MYVI

 

GST Zero Rated

With GST 6%

Model

Color

Peninsular

AD3GX 1.3 G (MT)

Solid/ Metallic

41,807.74

44,300.00

AD3GZ 1.3 G (AT)

43,694.53

46,300.00

AD3XZ  1.3 X (AT)

45,581.32

48,300.00

AD5HZ 1.5 H (AT)

48,884.34

51,800.00

AD5VZ 1.5 AV (AT)

52,186.23

55,300.00

 

BEZZA

 

GST Zero Rated

With GST 6%

Model

Color

Peninsular

AQ1GX1  1.0 GX (MT)

Solid/ Metallic

33,503.02

35,500.00

AQ1GZ1 1.0 GX (AT)

35,389.81

37,500.00

AQ3XX 1.3 X (MT)

39,069.41

41,397.37

AQ3XZ 1.3 X (AT)

40,904.20

43,342.25

AQ3VZ 1.3 AV (AT)

46,408.58

49,176.89

 

ALZA

 

GST Zero Rated

With GST 6%

Model

Color

Peninsular

AP5GX2

Solid

47,797.29

50,647.73

1.5 S (MT)

Metallic

48,242.99

51,120.17

AP5EZ2

Solid

50,549.48

53,565.05

1.5S (AT)

Metallic

50,995.18

54,037.49

AP5GS1

Solid

51,466.88

54,537.49

1.5 SE (MT)

Metallic

51,912.58

55,009.93

AP5ZS1

Solid

54,219.07

57,454.81

1.5 SE (AT)

Metallic

54,664.76

57,927.25

AP5ZV1

Solid

59,346.08

62,889.44

1.5 Adv (AT)

Metallic

59,817.78

63,389.45

 

Dalam masa yang sama, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd turut menyampaikan salam beliau kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas sokongan mereka yang berterusan. Kami juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadan dan Selamat Hari Raya kepada semua yang beragama Islam."