Anda berpeluang memenangi Honda N-Box secara percuma hanya dengan membuat pembelian tiket masuk atau membeli mana-mana barangan rasmi di International Automodified (IAM) Kuala Lumpur-Malaysia Motor Expo (MME).
Tahun ini juga IAM-MME turut diadakan sempena sambutan tahun ke-20 Anugerah Kereta Terbaik Malaysia, memberi penghormatan kepada pengunjung dengan bukan sahaja cabutan bertuah Honda N-Box tetapi juga koleksi modifikasi terbaik Malaysia.
Bukan itu sahaja, IAM-MME 2024 juga akan mempamerkan produk pengeluar peralatan asli (OEM) dan menampilkan produk serta inovasi terkini dalam industri automotif.
Ini termasuk paparan kenderaan baharu, termasuk kenderaan elektrik, dan bahagian khas yang didedikasikan untuk pemenang anugerah Kereta Terbaik Malaysia 2023.
Selain itu, turut dipamerkan adalah pelbagai jenis kenderaan yang tidak terdapat di bilik pameran rasmi oleh pengimport kenderaan bebas.
Pembelian tiket ini dibuka pada harga RM32 dan boleh didapati dalam talian melalui https://www.ticket2u.com.my/event/34477?r=r124
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.internationalautomodified.com dan www.malaysiamotorexpo.com.