Subaru kini di Sabah - Kenapa anda patut teruja

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Sebelum ini hanya bergantung kepada unit import 'grey market', pengguna di Sabah kini sepatutnya teruja dengan pembukaan pengedar rasmi kenderaan Subaru di sana. Diuruskan oleh Sebangga Auto Sdn Bhd, pusat pameran 3S Subaru di Labuan sebenarnya sudah beroperasi sejak bulan September 2015 namun hanya kini barulah diumumkan secara rasmi, bersama sebuah lagi pusat pameran di Kota Kinabalu (3S) manakala di Sandakan akan dibuka pada bulan Ogos dan Tawau pula menjelang November nanti. Dari tempoh itu, Sebangga Auto telah menjual sehingga 70 unit Subaru pelbagai model (paling laris adalah XV, diikuti Forester), meskipun kesedaran terhadap jenama tersebut masih lagi rendah. Subaru Sabah-13 Berikut adalah sebab kenapa anda patut teruja dengan ketibaan Subaru di Sabah
  • Sebangga Auto Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada AA Capital Group yang mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan pelbagai industri termasuk alat ganti dan komponen automotif
  • Lebih banyak pusat pameran dan servis akan dibuka di sekitar Sabah termasuk Keningau dan Kota Merudu
  • Kenderaan Subaru mempunyai sistem kawalan 4WD yang baik iaitu Symmetrical All Wheel Drive - sesuai dengan keadaan di muka bumi yang pelbagai di Sabah
  • Cukai jalan lebih murah berbanding trak pikap
  • Waktu menunggu tidak lama, sekitar satu bulan kerana stok sedia ada
  • Tahap keselamatan ANCAP 5 bintang
  • Anda dapat menikmati jaminan dan sokongan perkhidmatan apabila mendapatkan kenderaan melalui pengedar rasmi iaitu Sebangga Auto
Subaru Sabah-2Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sebangga Auto Sdn Bhd, Syahrin Masri, kesedaran orang ramai di Sabah berkenaan kenderaan Subaru masih lagi rendah, jadi aspek itulah yang akan dijadikan fokus promosi mereka. "Kami juga mensasarkan kepercayaan jangka masa panjang terhadap kenderaan Subaru di sini," tambah Syahrin. [gallery ids="9991,9992,9993,9994,9995,9996,9997,9998,9999"]