Skim pembiayaan istimewa untuk C-Class Coupé

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan skim Pembiayaan Agility untuk mereka yang berminat dengan model C-Class Coupé. Skim tersebut turut termasuk pembiayaan insurans eksklusif selama setahun. Menurut Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Hilke Janssen, langkah proaktif yang diambil oleh syarikat ialah untuk membantu menyusun pilihan pinjaman bersesuaian dengan keperluan para pelanggan mereka. Skim ini membenarkan pelanggan C-Class Coupé untuk mendapat bayaran ansuran yang lebih rendah dan perlindungan insurans motor yang komprehensif Mercedes-Benz Services Malaysia, di mana ia memberikan jaminan gantian kereta 1-On-1 sekiranya berlaku kerugian penuh (total loss) akibat kemalangan atau kecurian dalam tahun pertama. Insurans komprehensif ini dilakukan dengan bantuan rakan kongsi Mercedes-Benz Motor Insurance, iaiatu Allianz General Insurans dan AXA Affin General Insurance. Ganti rugi juga akan diberikan berdasarkan nilai yang dipersetujui, bukan nilai semasa kenderaan. Di samping itu, pelanggan boleh mendapat kelulusan segera sekiranya tuntutan berjumlah bawah RM30,000. [gallery columns="2" size="large" ids="9970,9971"] Di bawah pakej Pembiayaan Agility, pelanggan diberika pelbagai pilihan untuk skim bayaran ansuran C-Class Coupé, termasuk untuk melanjutkan tempoh pembiayaan, mengembalikan kenderaan ataupun naik-taraf kepada model terbaharu. Contohnya, untuk tempoh pembiayaan tiga tahun, jarak perjalanan terhad kepada 20,000km dengan bayaran pendahuluan sebanyak 15 peratus dari harga kereta, pelanggan C-Class Coupé akan mendapat bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,277 sahaja. Sekiranya pelanggan memilih untuk menambah insurans motor komprehensif bagi tahun pertama pula, tambahan RM262 sebulan perlu dilakukan. C-Class Coupé adalah model terbaru yang ditawarkan dengan Pembiayaan Agility, menyertai model Mercedes-Benz yang lain termasuk Mercedes-Benz A-, B-, C-, E-, S-Class, CLA, GLA, GLC dan GLE. “Kami percaya ciri kemudahan baru ini menawarkan fleksibiliti kewangan, kemampuan dan keselamatan kepada pelanggan kami, selain kesenangan dan jaminan jenama Mercedes-Benz,” kata Janssen. Untuk maklumat lanjut tentang Pembiayaan Agility, sila hubungi 1-800-22-6237 atau sila ke laman www.mercedes-benz.com.my/financial. [gallery size="large" columns="2" ids="9972,9973,9974,9975"]