Kemalangan Paul Walker - bukan salah Porsche

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
November 2013 lalu, dunia dikejutkan dengan kemalangan maut yang melibatkan pelakon terkenal Paul Walker bersama rakannya Roger Rodas yang memandu Porsche Carrera GT.  Di sebalik kesedihan ke atas pemergian dua individu itu, keluarga mereka turut memfailkan saman kepada Porsche, menamakan kenderaan itu adalah penyebabnya. Isteri Roger Rodas, Kristine Rodas mendakwa kenderaan tersebut kekurangan beberapa ciri keselamatan tertentu seperti suspensi yang rosak dan tiada sangkar kemalangan (crash cage), tetapi, Isnin lalu, Hakim Daerah Amerika Syarikat, Philip S. Gutierrez memutuskan Kristine tidak mempunyai bukti yang kukuh. paul walker Walaubagaimanapun, dua lagi kes yang difailkan oleh anak perempuan Paul Walker, Meadow Walker serta bapanya masih lagi menunggu keputusan. Mereka akan terus berjuang untuk meletakkan kesalahan kepada Porsche kerana menjual produk yang tidak sempurna. Porsche turut menjawab ke atas tuntutan mahkamah ini dengan menyatakan tiada sebarang kesalahan pada Porsche Carrera GT tersebut dan menyatakan kenderaan tersebut telah diubah suai dan tidak dijaga dengan baik. Siasatan Los Angeles County Sheriff’s Department dan California Highway Patrol pula merumuskan kelajuan tidak selamat sebagai punca kemalangan dan bukannya masalah mekanikal. Menjadi lazim untuk memfailkan saman terhadap syarikat-syarikat komersil di Amerika Syarikat kerana sifat kerajaan mereka yang mementingkan hak pengguna, walaupun ia menjadi beban kepada syarikat pembuat dan punca kenaikan kos harga produk tersebut. Di  negara-negara membangun, kerajaannya lebih "mesra korporat" agar syarikat asing mahu masuk dan melabur di dalam negara. *Laporan berdasarkan sumber daripada Associated Press dan Business Insider. Gambar dari sumber-sumber internet. [gallery columns="2" size="large" ids="7385,7384"]