Kejara dan Awas mungkin ditunda

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sistem Kejara baharu dan Sistem Automasi Penguatkuasaan Kesedaran (Awas) mungkin tidak akan dilancarkan bulan hadapan tetapi dalam bulan Ogos. Menurut laporan Shahrim Tahir dari akhbar The Sun, sumber-sumber informasi telah memberitahu akhbar tersebut bahawa sistem demerit (denda) tersebut akan beroperasi hanya selepas Hari Raya (selepas bulan Mei). Sistem Awas lebih kepada integrasi Kejara dan kamera AES. Ia juga berkata proses yang panjang untuk akta itu dikuat-kuasakan perlu mengambil kira masa untuk pembentangan di Dewan Negara. “Jabatan Pengangkutan dan Jalanraya (JPJ) baharu sahaja sudah mengumpul tindak-balas awam tentang sistem Kejara pada bulan Mac lalu. Langkah seterusnya ialah untuk mengubah Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 di Dewan Rakyat selepas Kementerian Pengangkutan telah menghalusi segala perubahan,” ujar sumber tersebut. Jumaat lalu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad dilaporkan berkata persiapan sedang dilakukan untuk mebentangkan cadangan sistem Kejara dan Awas di Dewan Rakyat. Dua minggu sebelum itu pula Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Karpawi berkata sistem Kejara dan Awas akan dilancarkan dalam bulan Mei. Hasil pemeriksaan The Sun, pembentangan tentang Kejara masih tidak dimasukkan lagi dalam jadual perbincangn untuk persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang sehingga Khamis. Persidangan seterusnya akan berlangsung selama lapan hari dari 16 ke 26 Mei. AES Speed Camera-4 copy