Panggilan balik Lexus ES

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Satu panggilan balik (recall) diumumkan oleh Toyota Motor Corporation secara global untuk model kenderaan Lexus ES dan RX tertentu berkenaan isu ‘brake actuator’. Terdapat kemungkinan di mana ‘brake actuator’ pada kenderaan ini dipasang dengan pelapik getah (o-ring) yang rosak, seterusnya mengakibatkan tekanan dalam bendalir brek tidak dapat dikawal secara betul apabila ABS, Traction Control System (TRC) dan Vehicle Stability Control System (VSC) beroperasi. Ini seterusnya boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan stabiliti dan meningkatkan risiko kemalangan. Walaubagaimanapun, untuk kenderaan Lexus di Malaysia, hanya model ES keluaran dari September 2015 hingga Februari 2016 sahaja yang terlibat dalam panggilan semula ini. Dari data Toyota Motor Corporation, keseluruhannya terdapat 90 unit Lexus ES yang diimport oleh Lexus Malaysia. Lexus Malaysia akan memberitahu pemilik kenderaan yang terlibat secara terus dan mereka juga boleh menghubungi 1-800-8-53987 atau terus ke pengedar rasmi Lexus untuk keterangan lanjut. Segala kos untuk kempen panggilan balik ini akan ditanggung oleh Lexus Malaysia. Model lain Lexus tidak terjejas dengan panggilan balik ini.