Sektor swasta perlu taja sukan permotoran

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Menteri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin berkata pihak swasta perlu membantu kerajaan dalam mengembangkan sukan permotoran negara. Tajaan sektor swasta diperlukan khususnya untuk mengenengahkan pelumba ke perinkat MotoGP. "Saya minta lebih banyak syarikat swasta tampil ke hadapan sebab sukan permotoran, kosnya sangat tinggi. "Oleh itu, apabila pelumba sampai ke tahap berlumba dalam MotoGP, kementerian harap mereka akan dapat bantuan sektor swasta. Saya percaya pulangannya sangat tinggi," ujar beliau. Menurut laporan Bernama, Menteri tersebut berkata demikian semasa sidang akhbar ketika beliau melawat Pusat Khidmat Pulih & Prihatin Kerinchi tadi. Tambah beliau lagi, KBS memberi lebih fokus kepada program pembangunan bakat. Beliau mendakwa pelumba pasukan Drive M7 SIC Racing Team, Adam Norrodin yang berusia 17 tahun dan berlumba dalam Moto3 di MotoGP menerima penajaan dari KBS. KBS telah bekerjasama dengan Sepang International Circuit (SIC) dalam menyelaraskan program-program pembangunan sukan permotoran sejak tahun lalu dengan dana RM2 juta.