Tun Mahathir bersuara tentang Proton

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mantan Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menulis di dalam blog Che Det beliau tentang punca kenapa Tun berhenti dari Proton dan juga menjawab balik tuduhan-tuduhan terhadap syarikat kenderaan nasional itu. Careta menterjemahkan semula tulisan asal Tun dari laman blog beliau untuk bacaan anda. Tulisan asal Tun ada terdapat di bawah translasi berikut. tun mahathir 2 web Kepada semua pemilik dan pembeli kereta Proton Saya kira saya perlu menerangkan kenapa saya berhenti dari jawatan sebagai Pengerusi Proton. Saya tidak dibuang oleh pengurusan Proton ataupun pemilik syarikat tersebut. Saya membuat keputusan sendiri untuk berhenti, untuk kebaikan Proton. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang perasan negatif terhadap syarikat tersebut, mahupun niat buruk seperti saya mahukan ia jatuh setelah saya berhenti. Saya sedar saya ialah seorang persona non grata (seseorang yang telah diihukum oleh kerajaan atas jenayah berat dan tidak akan diterima kembali) kepada kerajaan dan kerana itu, saya tidak mahu Proton sebagai sebuah syarikat, gagal untuk bangkit kerana kehadiran saya. Saya sebenarnya sangat ingin melihat Proton kembali pulih dan terus maju. Oleh kerana itu, kepada semua pemilik dan pembeli produk Proton, jangan lepaskan sikap marah anda kepada Proton kerana saya sudah bukan menjadi Pengerusinya. Teruskan sokongan anda kepada Proton. Proton mempunyai banyak idea -idea menarik, dan ini akan jelas kelihatan pada model-model yang akan dilancarkan kelak. Bukan setakat dari idea yang bernas, kualiti turut ditingkatkan. Bulan ini, Proton akan melancarkan model terbaharu Perdana, dan kemudian dalam tahun ini, model-model Persona dan Saga akan dilancarkan. Proton tidak boleh mengharap kepada sebarang bantuan dari kerajaan. Cuma pemilik kenderaan Proton dan peminat-peminat Proton yang boleh menyelamatkan Proton. Oleh kerana itu, bantulah Proton, syarikat kenderaan nasional anda. 1. Saya bukan lagi Pengerusi Proton. bagaimanapun, saya perlu menjelaskan fakta-fakta ini. 2. Proton kini milik syarikat persendirian selepas ia dibeli dari Khazanah (pemegang majoriti saham) dan beberapa pemilik yang lain dengan harga RM5.50 sesyer (per share). Harga itu naik setelah bidaan saham dilakukan dari harga asal RM2.95. Khazanah sepatutnya menjadi pemegang saham untuk Bumiputra tetapi kini ia mewakili kerajaan. Proton bukanlah sebuah GLC (syarikat berkait dengan kerajaan). 3. Polisi kerajaan sebelum ini ialah untuk mempromosikan penggunaan komponen tempatan. Semua syarikat kenderaan yang dipasang di Malaysia layak untuk menerima rebat untuk duti eksais berdasarkan peratusan kandungan komponen tempatan pada produk mereka. Kebanyakan kenderaan jenama asing yang dipasang di Malaysia mengandungi antara 30 ke 40 peratus komponen tempatan. Proton mempunyai hampir 90 peratus kandungan tempatan. Oleh kerana itu, rebat untuk Proton lebih tinggi tetapi ini bukan keistimewaan bagi Proton sahaja. Kesemua syarikat asing dan tempatan boleh menikmati rebat ini tetapi penggunaan komponen tempatan akan meningkatkan harga kos pembuatan. Ini ialah kerana “deletion allowance” atau kelonggaran peluputan oleh syarikat asing ialah lebih rendah dari kos komponen tempatan (secara kasar, komponen yang diimport lebih murah kerana jumlah yang tinggi menurunkan kos pembuatan). 4. Kerajaan mendakwa ia telah memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan dan juga cukai-cukai yang dikecualikan, semuanya berjumlah RM13.9 billion. 5. Kebanyakan dari jumlah itu ialah dari cukai yang tidak dipungut. Rekod-rekod dari Proton menunjukkan: - RM1,320 juta dari insentif cukai yang diterima oleh Proton, insentif yang juga terbuka kepada syarikat asing. - RM773.8 juta dalam bentuk “grant” seperti bantuan R&D, Bantuan Khas, pakej stimulus, kesemuanya boleh diberikan kepada syarikat pembuat kenderaan juga - RM12,532.6 juta dalam bentuk insentif khas, juga layak untuk kesemua pemain dalam industri automotif Jumlah keseluruhan bantuan kerajaan sejak tahun 1985 sehingga ke hari ini ialah RM14,631.4 juta. Jumlah keseluruhan sumbangan Proton kepada kerajaan sejak tahun 1985 pula ialah RM24,905 juta. Disenaraikan di sini pecahan jumlah tersebut. - Duti eksais sejak tahun 1985 berjumlah RM11,785 juta - Cukai jualan dari tahun 1985 berjumlah RM9,470 juta - Cukai korporat dari tahun 1985 berjumlah RM1,410 juta - Duti impot sejak tahun 1985 ke 2008 berjumlah RM1,403 juta - Pembayaran GST sejak 1 April 2015 berjumlah RM28 juta Sumbangan Proton kepada kerajaan nyata lebih tinggi dari jumlah bantuan kerajaan kepada syarikat tersebut. Suntikan modal oleh kerajaan dalam dua pakej berjumlah RM400 juta dan ia telah dibayar sepenuhnya. Selain itu, Proton menegluarkan kos sendiri untuk membina kilang di Tanjung Malim dengan kos RM1.8 billion, dan ketika itu Proton mempunyai sejumlah RM4 billion di dalam simpanannya. 6. Proton memberikan pekerjaan kepada seramai 12,000 orang pekerja, dan lebih kurang 250,000 lagi pekerjaan dari syarikat-syarikat yang terbabit dengan perniagaan Proton. Proton telah mengurangkan aliran wang keluar dari negara, mungkin lebih dari RM100 billion. 7. Vendor-vendor juga menghasilkan peluang pekerjaan dan merendahkan aliran keluar matawang kita. 8. Kita kini boleh melupakan terus perkembangan kebolehan kejuruteraan kita kerana polisi negara ialah untuk meningkatkan import. 9. Secara kebetulan, kesemua negara yang mengeksport kenderaan ke Malaysia mengenakan kekangan tarif dan tidak bertarif, mengakibatkan Proton gagal untuk masuk ke negara-negara mereka. Ini bercanggah dengan polisi kita yang membenarkan kenderaan buatan negara asing masuk dengan kekangan yang minimum atau tiada kekangan langsung. 10. Perlu diingatkan bahawa Proton terpaksa bersaing hebat dalam pasaran tempatan dengan pemain-pemain besar seperti Toyota (ia menjual 10 juta kenderaan setahun di seluruh dunia), pembuat kereta dari Korea Selatan (hampir 5 juta kenderaan terjual di seluruh dunia), syarikat kenderaan dari Jerman (6 juta kenderaan setahun) dan lain-lain negara. 11. Kesemua syarikat-syarikat luar tersebut mampu untuk hilang pasaran kenderaan di dalam Malaysia kerana mereka boleh mengaut keuntungan di dalam pasaran negara lain. Selain dari “economic of scale” atau ekonomi skala (lebih banyak dibeli, lebih murah harganya), Proton tidak boleh menembusi pasaran negara luar kecuali negara-negara miskin dengan jumlah jualan kenderaan tahunan (Total Industry Volume) yang rendah. 12. Kerajaan hari ini tiada rasa bangga dengan produk tempatan. barangan import sangat murah dan jumlah import untuk penggunaan dalam negara jauh melebihi kadar eksport barangan kita ke luar negara. Di dalam negara berdemokrasi, bilangan undi itu penting. Oleh kerana itu, mungkin memuaskan hati orang ramai adalah lebih penting dari memastikan kebolehan negara untuk membangun.   Di bawah ialah tulisan asal Tun Mahathir dari blog beliau To: Proton car owners and buyers

 I feel I owe you all an explanation as to why I resigned as Chairman of Proton. I was not expelled by Proton management or owners. I decided on my own, for the sake of Proton I should leave. I therefore have no grudge against Proton nor do I want it to fail after I left. This is because Proton seems to be having difficulties with the Government and for some unknown reason sales of Proton cars have plummeted. I know I am persona non grata with the Government. I do not want to be the cause of Proton’s inability to recover because of my presence. I would in fact like to see Proton recover and do well. So, please, Proton owners and buyers, don’t take it out on Proton because I am no longer the Chairman. Please continue to support Proton. Proton has great ideas about introducing new models which are of good quality. This month they will launch the new Perdana. Later in the year they will launch the new Persona and Saga. Proton cannot expect any help from the Government. Only Proton owners and fans can help Proton. So please help Proton, your national car maker.
 1. I am no longer the Chairman of Proton. However I feel a need to merely state the facts. 2. Firstly Proton is now privately owned after it was bought at RM5.50 per share (originally priced RM2.95 but bidding pushed the price up) largely from Khazanah and a few other share holders. Khazanah was supposed to hold shares for Bumiputras but is now representing the Government. Proton is not a GLC (Government Linked Company). 3. Government policy previously was to encourage local contents. All cars manufactured or assembled in Malaysia are entitled to rebates on excess duty based on the percentage of local contents used. Most foreign cars assembled in Malaysia has 30 – 40% local contents. Proton has almost 90% local content. Therefore the rebate for Proton is higher. It is not a privilege for Proton alone. All foreign and local cars enjoy this privilege. Local contents increase the cost of producing the car. This is because the deletion allowance by the foreign company is invariably lower than the cost of the local component. 4. The Government claims to have provided grants, various forms of assistance as well as tax foregone to the take of about RM 13.9 billion in total. 5. Most of this is made up of taxes foregone. Proton records show the following:
(1) RM 1,320 million as tax incentives to Proton also eligible to non-national cars
(2) RM 773.8 million in R&D Grant, Special grant, Stimulus package, eligible to all automotive manufacturers.
(3) 12,532.6 million in customized incentives also eligible to all automotive players. Total Government contribution from 1985 – to date amounts to RM 14, 631.4 million.
Details of (1), (2) and (3) are appended. Total contribution by Proton to Government since 1985 totals RM 24, 905 million.
These are made up of the following:
 (i) Excise duty from 1985 onwards RM 11,785 million
 (ii) Sales tax from 1985 onwards RM 9,470 million
 (iii) Corporate tax from 1985 onwards RM 1,410 million 
(iv) Import duty from 1985 to 2008 RM 1,403 million
 (v) GST from 1/4/2015 RM 28 million Total RM 24, 095 million Clearly Proton has paid more to the Government than Government to Proton.
Capital injection by Government in 2 seed funds total RM 400 million. These have been fully paid up. On top of this, Proton had fully funded the 1.8 billion Ringgit Tanjung Malim Plant from its internal coffers which at that point had a staggering total of 4 billion Ringgit. 6. In addition Proton provides jobs for about 12,000 workers at any one time directly, and more than 250,000 souls indirectly. Proton reduced the outflow of funds probably amounting to more than 100 billion Ringgit. 7. Vendors also create jobs and reduce outflow of funds. 8. We can forget the development of engineering capability as our policy now is to encourage imports. 9. Incidentally all the countries exporting cars to Malaysia implement tariff and non-tariff barriers resulting in excluding Proton importation into their countries. This contrast with our policy of allowing foreign cars to enter Malaysia with minimal or no restrictions. 10. It should be noted that Proton has to compete in its own domestic market against the likes of Toyota (10 million cars p.a.), South Korean car makers (5 million cars p.a.), German car makers (6 million cars p.a.) and others. 11. These companies can afford to lose on their cars in Malaysia and recoup in other markets. Apart from economy of scale, Proton cannot access foreign markets except those of poor countries with low Total Industry Volume. 12. Today the Government has no pride in national products. Imports are cheap and there are more consumers than producers. In democracy numbers count. So pleasing the more numerous is more important than national capacity of develop.
  • END