Hafizh Syahrin kini tempat keempat keseluruhan Moto2

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dalam kita meraikan kemenangan podium pertama MotoGP oleh rakyat malaysia Khairul Idham Pawi, penunggang program Pembangunan Bakat Petronas, Hafizh Syahrin telah memaparkan prestasi yang menggalakkan apabila mengakhiri perlumbaan Moto2 di tempat keenam pada Grand Prix Argentina pada hari Ahad lepas. Walaupun bermula dari tempat ke-12 di grid permulaan, Hafizh menghabiskan kebanyakan perlumbaan 20 pusingan itu berjuang dengan penunggang berpengalaman Dominique Aegerter untuk tempat kelima sebelum penunggang Swiss itu akhirnya mendahului tipis di garisan penamat. Hafizh melengkapkan perlumbaan dengan masa 41'15.290s, hanya 0.1 saat di belakang Aegerter. Juara Dunia Moto2 Johann Zarco menang dengan masa 40'57.806s setelah menewaskan pelu,ba petak hadapan Sam Lowes dan Jonas Folger. Hafizh dan pasukannya akan membawa momentum rancak ini untuk perlumbaan hujung minggu depan di Austin, Amerika dan yakin meraih keputusan yang lebih baik. Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu kini berada di tempat keempat keseluruhan dalam kedudukan Moto2 Kejuaraan Dunia dengan 23 mata. Hafizh Syahrin is currently placed fourth in the Moto2 World Championship Standings