Warna baharu Yamaha YZF-R25

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kebanggaan Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd (HLYM) iaitu Yamaha YZF-R25 telah dilancarkan awalnya bersempena Persidangan Media Yamaha Motor Co Ltd, Motorsports Jepun di Sepang pada 5 Februari 2015 lepas. Yamaha YZF-R25 ini memiliki kesemua DNA daya tahan, pengetahuan dan pengalaman Yamaha yang terkumpul selama bertahun tahun. Kesemua ini digabungkan bagi menghasilkan sebuah motosikal sports yang sensasi dan sukar ditandingi untuk pasaran motosikal Malaysia. 2016-Yamaha-YZF-R25-Malaysia-12e Siri R dalam barisan motosikal Yamaha telah dijadikan asas dalam merekabentuk YZF-R25 yang menyerlah dengan enjin 249cc dwi-selinder Diasil sebaris, DOHC, 8-injap sejukan cecair, dengan omboh tempaan dan sistem suntikan bahan api induksi ke bawah. Janakuasa ini digabungkan dengan reka bentuk badan yang ringan dengan pusat graviti yang sempurna bagi menghasilkan nisbah kuasa-ke-berat yang cemerlang. Pasangan lampu utama nya jelas menzahirkan lagi perincian yang diberikan Yamaha dalam merekabentuk YZF-R25 ini. Reka bentuk lampu tersebut yang unik juga memberikan "rupa pemangsa" namun memberikan pencahayaan yang lebih cerah, tajam dan lebih tertumpu. 2016-Yamaha-YZF-R25-Malaysia-2e Dengan pelana terasing dua yang tampak sporti, YZF-R25 ini juga memaparkan meter kelajuan, lampu ekor LED, roda lebar aluminium tetuang dan tayar yang bersesuaian. Lengan ayun simetrikal nya adalah kuat dan kukuh bagi menghasilkan tunggangan yang lebih stabil dengan gantungan dwi-tiub monocross belakang untuk memastikan pengendalian mantap di selekoh tajam pada kelajuan tinggi. YZF-R25 ini juga dikatakan tangkas dengan kerangka jenis berlian yang padat dan ringan.  Kerangka ini diperbuat daripada tiub keluli yang menawarkan keseimbangan optimum untuk kekuatan dan kestabilan. Jentera ini disudahi dengan paparan ekzos yang sporti yang memberikan penampilan amat menarik. YZF-R25 kini ditawarkan dalam dua warna baharu bagi tahun 2016 pada harga RM20,630 termasuk GST, sementara warna lama merah dan biru telah dihentikan penawarannya. 2016-Yamaha-YZF-R25-Malaysia-11e 2016-Yamaha-YZF-R25-Malaysia-4e ENJIN Jenis 4-lejang, 8 Valve DOHC Susunan Silinder 2 Silinder / Tegak Sesaran 249 cc Lubang x Lejang 60,0 x 44,1mm Nisbah Mampatan 11,6 : 1 Kuasa Maksimum 26.5 kW (12,000 rpm) Tork Maksimum 22.6 N.m (10,000rpm) Sistem Penghidup Enjin Elektrik Sistem Pelincir Takungan Basah Isi Tangki Minyak Enjin 2.40 liter Isi Tangki Bahan Api 14.30 liter Sistem Bekalan Bahan api Suntikan Bahan api Jenis Sistem Nyalaan TCI TRANSMISI Jenis Transmisi 6 – kelajuan jenis balikan Nisbah Gear 24.928 - 8.6 Jenis Klac Pegas Gegelung Multiplate Empar Basah CASIS Jenis Kerangka Berlian Panjang Seluruh 2,090mm Lebar Seluruh 720mm Tinggi Seluruh 1,135mm Tinggi Tempat Duduk 780mm Kelegaan Minimum Dari Tanah 160mm Berat Isi 166kg SUSPENSI Jenis Suspensi Depan Teleskopik Jenis Suspensi Belakang Monocross BREK Depan Cakera Hidraulik, Dwi Omboh (Dual Piston) Belakang Cakera Hidraulik, Piston Tunggal TAYAR Depan 110/70 - 17 Belakang 140/70 - 17