Hyundai 2S GDSI dibuka di Melaka

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pusat Hyundai 2S GDSI (Dealership Global Space Identity) yang pertama di Melaka kini dibuka kepada orang ramai. Pusat seumpama ini pertama kalinya dibuka pada tahun 2014 untuk menawarkan pelanggan perkhidmatan yang luar biasa. Ini merupakan Pusat 2S GDSI yang kelima di Malaysia, yang diilhamkan oleh alam semula jadi dan mempunyai dinding kaca dari lantai-ke-siling dengan tumbuhan di  bahagian dalam. Ia juga nampak menarik dengan penggunaan hiasan gangsa halus pada bahagian luar dan reka bentuk seni bina moden. Hiasan dalaman termasuklah perabot moden, kerusi santai baru dan lampu hangat yang menawarkan pelanggan persekitaran yang selesa dan santai. Service Reception Pengarah Urusan Premium Autoworld Encik Simon Tan berkata pembukaan ini 2S GDSI baru (servis dan alat ganti) bertujuan untuk mengukuhkan penjenamaan premium moden Hyundai dengan meningkatkan rupabentuk cawangannya tetapi juga pengalaman kualiti perkhidmatan pelanggan yang di luar jangkaan. Ruang rehat premium tersedia bagi pelanggan yang berkunjung ke sini, dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi, perkhidmatan jemput / hantar untuk memudahkan eksekutif yang sibuk dan kopi percuma. Perkhidmatan lain yang ditawarkan di 2S GDSI baru ini termasuk khidmat mendapatkan insurans dan pembaharuan cukai jalan, perkhidmatan pembaikan badan kereta dan cat serta perkhidmatan dandanan kereta. Service Bay Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) Encik Lau Yit Mun berkata peningkatan jualan model-model premium Hyundai seperti Sonata dan Santa Fe juga telah mewujudkan keperluan untuk menubuhkan sebuah servis dan alat pusat GDSI di Melaka. Bersempena dengan pembukaan rasminya, Premium Autoworld menawarkan diskaun 50% ke atas caj buruh bagi pakej perkhidmatan Hyundai Asas dan untuk pelanggan kali pertama sahaja. Pelanggan perlu memuat turun Hyundai Care App melalui telefon pintar mereka untuk menikmati diskaun yang terhad kepada sekali sahaja. Malah, kos buruh percuma bagi penukaran minyak pelincir (minyak enjin dan penapis minyak enjin) dan diskaun 15% ke atas alatganti untuk model Hyundai yang lebih tua yang tidak lagi dilindungi jaminan turut ditawarkan kepada kereta Hyundai seperti Matrix, Getz, Avante, XD Elantra, Atos dan NF Sonata. Customer Lounge Pusat 2S GDSI Premium Autoworld ini terletak di No 1, Jalan PK 8B-1, Taman Perindustrian Krubong, 75.260 Melaka. Perkhidmatan servis dan bahagian alatganti dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu dari 08:00-17:00 kecuali pada hari cuti umum. Pelanggan boleh menghubungi 06-3322553 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di sini. Syarikat ini juga mempunyai sebuah bilik pameran GDSI terletak di T199, Jalan Munshi Abdullah, 75100 Melaka yang dibuka dari 10:00-06:00 setiap hari. Premium Autoworld 2S GDSI (Front View)