Gambar Infiniti Q30 mula tersebar

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Walaupun Infiniti adalah cabang kenderaan mewah daripada Nissan, ia juga mempunyai kerjasama dengan pengeluar Eropah, Mercedes-Benz. Tidak lama lagi, semasa di pameran Permotoran Frankfurt (atau dikenali sebagai IAA 2015), Infiniti akan melakukan penampilan global pertama bagi sebuah hatchback yang digelar sebagai Q30. Dari kata-kata yang tersebar, Q30 akan menggunakan platform serta serta enjin sama seperti yang terdapat pada model Mercedes-Benz CLA dan GLA. Setakat ini, maklumat berkenaan serta yang selanjutnya masih belum didedahkan secara rasmi oleh Infiniti. Infiniti Q30 SECOND IMAGE image 4k - 1 Sept 2015 Namun, pagi ini, kami menerima satu gambar rasmi oleh Infiniti sendiri dan ia adalah gambar bahagian dalam Infiniti Q30. Luarannya pula dikatakan begitu hampir sama seperti model konsep yang pernah ditayangkan. Kemunculannya sangat dinanti dan dalam beberapa minggu lagi, anda akan melihat kenderaan sebenar Infiniti Q30 ini. [gallery ids="123,122"]