Mansory hasilkan "cuma" 828 hp dan 1,150 Nm dari Mercedes-Benz GLS 63 AMG

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pakar tuning Jerman, Mansory memang popular dengan rekabentuk bodykit yang sangat err … unik dan diminati oleh mereka-mereka yang sukakan sesuatu yang menjolok mata dan deria lain. Kali ini, Mansory menghasilkan satu lagi gergasi berasaskan model Mercedes-Benz GLS 63 AMG, sebuah SUV ultra mewah yang sudah datang dengan prestasi terbaik. Mansory-Mercedes-AMG-GLS-63-Seats Mansory-Mercedes-AMG-GLS-63-Interior Mansory-Mercedes-AMG-GLS-63-Splitter Di bawah ialah antara penambahan yang dilakukan oleh Mansory.
  • Bodykit terdiri dari bamper belakang, spoiler hadapan dan belakang, hud enjin, cermin sisi, diffusor belakang, pintu tempat barang dan fender.
  • Rim aloi ultra-forged yang sangat ringan bersaiz 22 inci.
  • Balutan kulit baharu untuk panel pintu, tempat duduk, karpet, konsol tengah dan lain-lain lagi.
  • Sistem gantungan pneumatic yang mampu merendahkan SUV ini sebanyak 1.18 inci agar mempunyai daya membelok yang lebih baik.
  • Enjin yang dipertingkat melalui ilmu sihir Mansory (kerana ia tidak diterangkan) dan menghasilkan 828 hp, 1,150 Nm dan halaju maksimum 310 kmsj. Pasti polis trafik menyeringai.
Mansory tidak lagi mengumumkan harganya tetapi sekiranya mengikut rekod kelakuan syarikat Jerman ini, janganlah berharap ia lebih rendah dari GDP sebuah negara di Afrika. Mansory-Mercedes-AMG-GLS-63-Rear