Kenapa saya pilih Lotus 3-Eleven - Jefry Talib

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Beberapa hari lalu, Lotus Cars Malaysia melancarkan dua model baharu, Lotus Evora 410 Sports dan Lotus 3-Eleven. Ternyata, model 3-Eleven yang ekstrem itu mendapat sambutan hangat dari segi respon pembaca dan rata-rata kami lihat ia bukan satu model yang mampu diterima akal ramai. Dengan harga melebihi RM640, 000 tanpa cukai jalan dan insuran serta GST, sangat sukar untuk memahami kenapa Lotus itu datang dengan serba-serbi kekurangan. IMG_1521 [gallery size="medium" ids="29162,29163,29164"] Ia tiada berbumbung, ia tidak ada cermin hadapan, ia tidak ada pendingin hawa, radio, tempat letak barang di dalam malah, ia tidak ada pintu langsung. Careta sempat duduk bersama pemilik Lotus 3-Eleven kuning ini dan bertanya kenapa beliau sanggup membeli kereta tersebut. Berasal dari Alor Gajah, Melaka, Jefry Talib yang berusia 43 tahun ini memang seorang peminat dan pemilik hardcore jenama Lotus. Beliau pernah memiliki Lotus Elise S1, Eslise S2, dan Exige Cup 260. Ini bermakna Jefry memang tidak memandang keselesaan atau kemewahan sebuah kenderaan tetapi lebih kepada prestasi pemanduan di selekoh dan di jalan terbuka atau di litar. [caption id="attachment_29332" align="aligncenter" width="620"]Jefry menerangkan sesuatu kepada Datuk Fuaad Kenali dan Datuk Radzaif Mohamed dari lembaga pengarah Proton. Jefry menerangkan sesuatu kepada Datuk Fuaad Kenali dan Datuk Radzaif Mohamed dari lembaga pengarah Proton.[/caption] Tidak sangka juga kerana Jefri ialah seorang yang suka bercakap dalam nada lembut dan sangat merendah diri. Seorang pengusaha dalam bidang penerbitan rancangan TV dan dokumentari (pernah bekerja dengan pengarah filem Othman Hafsham), Jefry sebenarnya telah memandu sejauh 1,000 km dengan Lotus 3-Eleven kuning beliau itu. Kerana tiada cermin hadapan, cukai jalannya dilaminasi dengan plastik dan disimpan di dalam dompet beliau. “Macam bawa roadtax motosikal lah,” seloroh beliau. Ternyata, Jefry suka memandu keluar dari ibukota dan menggunakan jalan-jalan persekutuan dan bukan lebuhraya bertol. [caption id="attachment_29333" align="aligncenter" width="620"]Anak Melayu pertama memiliki Lotus 3-Eleven semasa majlis penyerahan kunci. Anak Melayu pertama memiliki Lotus 3-Eleven semasa majlis penyerahan kunci.[/caption] “Pengendalian Lotus ini sangat ekstrem. Grip level atau tahap cengkaman sangat tinggi dan sistem gantungan sangat cepat memberikan raksi pada perubahan bentuk jalan. Input stereng sangat telus dan saya dapat merasakan apa yang dilakukan oleh setiap satu tayar pada Lotus ini,” ujar Jefry. “Walaupun mempunyai pengendalian yang sangat baik, ia tidak memberikan pemanduan yang keras atau memantul-mantul. Ini ialah kerana chassis yang kukuh membolehkan penyerap hentak bekerja dengan sepenuhnya untuk menyerap segala ketidak-rataan pada permukaan jalan.” "Ia sebenarnya datang dengan plastik penutup roll hoop tetapi saya buka kerana ia terlalu bising pada kelajuan tinggi," terangnya lagi. [caption id="attachment_29335" align="aligncenter" width="620"]Jefry sedang membuka penutup tempat letak barang dan enjin. Jefry sedang membuka penutup tempat letak barang dan enjin.[/caption] Jefry tidak mengeluh akan fakta kereta ini tidak berbumbung atau mempunyai apa-apa kemewahan. “Ia bukan sebab saya membeli Lotus ini,” tambah pengarah Cineorama ini. Beliau juga berkata memandu kereta ini memerlukan beliau menggunakan topi keledar dengan visor di hadapan kerana batu, serangga atau segala macam objek boleh melanda kepala dan muka pemandu dan penumpang sebelah. IMG_1615 Jefry turut berkongsi bahawa beliau pernah menempuh hujan dengan Lotus kuning dengan nombor chassis 007 ini. “Redha dan redah! Tak perlu risau sangat kerana peralatan di dalam kabin itu semuanya kalis air. Cuma tali pinggang keledar dan kerusi lecun dan memerlukan beberapa hari untuk kering,” ujar pengarah muda itu sambil tersenyum sebelum meminta diri untuk melakukan solat Asar. Tahniah Jefry dan syabas kerana berani memiliki apa yang anda mahukan tanpa memikirkan pandangan orang lain. Untuk pengetahuan ramai, Lotus 3-Eleven Jefry Talib ialah dari varian Road Version dan berharga dari RM640,855. [caption id="attachment_29334" align="aligncenter" width="620"]Lotus 3-Eleven Race Version dengan nombor chassis 001. Lotus 3-Eleven Race Version dengan nombor chassis 001.[/caption] Sementara itu, Lotus 3-Evelen Race Version yang pertama di dunia dengan nombor chasis 001 dimiliki oleh seorang pengumpul kenderaan dari Pulau Pinang. Varian Race Version datang dengan tempat duduk carbon-fibre, data logger dan pelbagai lagi komponen yang membuatkan ia lebih ringan, lebih, ekstrem, lebih pantas dan lebih laju. Ia juga lebih mahal, iaitu bermula dari RM868,214, sahaja.