Santa Fe untuk merentas Antartika

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Untuk menjayakan misi Memandu Merentasi Antartika, Hyundai telah meminta Arctic Trucks, syarikat yang membina Hilux Arctic yang popular di dalam rancangan TV TopGear dahulu, untuk membina versi lasak yang sama tetapi menggunakan model SUV mereka, Santa Fe. Selain dari bentuk luaran yang nampak sangat menarik, perubahan yang dilakukan memang banyak dari segi teknikal agar ia mampu menjayakan ekspedisi tersebut. [caption id="attachment_29239" align="aligncenter" width="930"]Antarctica 16-17 Hyundai Antarctica 16-17 Hyundai[/caption]
  • Pemanas enjin Enjin dan sistem ECU komputer sebenarnya sama, tetapi kerana suhu yang boleh jatuh ke paras - 65 darjah Celcius, pemanas enjin diperlukan untuk menghidupkan enjin. Pemanas yang dipasang mampu memanaskan cecair dalam enjin seperti minyak pelincir sepanas 79 darjah Celcius dan akan tutup secara automatik bila suhu optimum tercapai. Ia akan dihidupkan secara automatik bila suhu jatuh di bawah paras 65 darjah Celcius.
arctic_trucks_hyundai_santa_fe_1
  • Gear rendah Untuk pemanduan di atas salji dengan tayar sebesar itu, nisbah gear yang lebih rendah diperlukan. Sistem gantungan, shaft gandar dan topang penyerap hentak semua ditukarkan. Nisbah gear terbaharu ialah serendah 1.5:1 untuk memastikan prestasi terbaik di atas salji tebal Antartika.
arctic_trucks_hyundai_santa_fe_7
  • Tangki bahan api Tangki bahan api standard tidak mencukupi untuk perjalanan sejauh itu. Ia digantikan dengan tangki bahan api aluminium sebesar 230 liter dan diisi dengan bahan api kapal terbang JET1A untuk prestasi terbaik. Ia masih tidak mencukupi tetapi sekurang-kurangnya, ia tidak perlu berhenti untuk diisi sekerap biasa.
arctic_trucks_hyundai_santa_fe_8
  • Tayar besar Tayar standard digantikan dengan tayar All Terrain bersaiz 38 inci. Tekanan udara di dalam tayar tersebut cuma 0.14 Bar agar lebih banyak permukaan tayar menyentuh salji. Fender tepi dibuang dan ditambah dengan over-fender yang lebih luas agar Santa Fe ini tidak perlu ditinggikan terlalu banyak untuk memuatkan donut getah gergasi tersebut.
Diberitakan cicit Sir Ernest Shackleton akan dibawa bersama di dalam ekspedisi ini. Shackleton pernah mencuba untuk menyeberangi Antartika di dalam tahun 1916 tetapi malangnya kapal yang digunakan terkandas di dalam ais. Beliau dan anak kapal meninggalkan niat untuk menyeberangi Antartika dan berjalan kaki untuk menyelamatkan diri. Yang pasti, sekiranya Hyundai ada menjual model skala untuk Santa Fe ini, admin teringin untuk membelinya. Antarctica 16-17 Hyundai