Pusat Kenderaan Komersial 3S Mercedes-Benz kini dibuka di Ipoh

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) bersama pengedar sahnya, Hap Seng Commercial Vehicle (HSCV), kini telah melancarkan Pusat Kenderaan Komersial 3S keempatnya yang terletak di Ipoh, Perak. Menurut Naib Presiden Kenderaan Komersial Mercedes-Benz Malaysia, Albert Yee, Pusat Kenderaan Komersial 3S Mercedes Benz di Ipoh ini akan menyediakan perkhidmatan sebelum dan selepas jualan yang berkualiti selaras dengan slogan mereka “Trucks you can trust”. Menurut beliau lagi, Mercedes-Benz Commercial Vehicle dan Hap Seng Commercial Vehicle (HSCV) berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk mengeluarkan trak berkualiti tinggi yang direka khas untuk kebolehpercayaan dan efisiensi ekonomi. Pusat kenderaan komersial 3S yang berkeluasan 0.57 ekar ini dilengkapi dengan kemudahan yang dapat menyelenggara lebih 150 kenderaan komersial Mercedes-Benz sebulan. HSVC Ipoh ini dikendalikan oleh pentadbiran berdedikasi dan pasukan teknikal yang mampu menyediakan jualan, perkhidmatan (pembaikan dan penyelenggaraan) dan perkhidmatan kewangan secara eksklusif untuk kenderaan komersial Mercedes-Benz. Ketua Pegawai Operasi Hap Seng Consolidated Group Berhad dan Ketua Eksekutif Hap Seng Star,  Harald Behrend dalam majlis perasmian berkata pengembangan Hap Seng Commercial Vehicle ini dibina di atas jalinan hubungan yang kuat bersama Mercedes-Benz Malaysia. Sejak 40 tahun yang lalu, pelanggan telah menikmati produk kelas pertama, kualiti perkhidmatan dan pengkhususan komprehensif penjagaan-selepas yang kami tawarkan.

Photo 1

MBM CV mempunyai 15 pengedar yang sah di seluruh negara, termasuk HSCV Ipoh yang dilancarkan baru-baru ini. Setakat ini, HSCV mengedalikan Pusat Kenderaan Komersial yang bertempat di Kinrara, Klang, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching dan Miri. Rancangan pengembangan selanjutnya akan dilaksanakan pada tahun-tahun berikutnya memandangkan MBM CV begitu komited untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. "Pusat Kenderaan Komersial Mercedes-Benz Hap Seng di Ipoh ini akan meningkatkan lagi kedudukan kami dan terus memperluaskan kehadiran kami di Malaysia dengan menawarkan khidmat selepas jualan berkualiti yang sinonim dengan jenama Mercedes-Benz di peringkat global," kata Yee. MBM CV menawarkan pelbagai kenderaan termasuk lori Mercedes-Benz seperti Actros, van seperti Vito dan Sprinter, biasa digunakan untuk ambulans, dan juga bas. Di samping itu, MBM CV juga memenuhi keperluan pasaran bagi segmen kenderaan komersial yang sederhana melalui siri trak FUSO. Semasa pelancaran HSCV Ipoh, Hap Seng Commercial Vehicle juga meraikan penghantaran 16 unit Mercedes-Benz Actros 3340S 6x4 yang merupakan penggerak utama bagi TKSC Trading & Transport Sdn Bhd. Sebagai pelanggan Mercedes-Benz sejak 2013, TKSC Trading & Transport Sdn Bhd sebelum ini sudah membeli lebih daripada 70 trak Mercedes-Benz Actros. Di dalam keadaan pasaran yang mencabar pada masa kini, MBM CV terus menunjukkan prestasi yang berdaya tahan dengan merekodkan jualan 577 kenderaan (+ 10%) pada suku pertama tahun 2017 berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Pusat Kenderaan Komersial 3S Mercedes-Benz Hap Seng di Ipoh ini terletak di Lot 160900 – 160902, Persiaran Klebang 1, Kawasan Perusahaan IGB, 31200 Ipoh. Penulis:Nurdiana Ismadi