Honda Malaysia telah mengumumkan angka jualan syarikat di antara bulan Januari hingga April tahun ini dan mereka berada di landasan betul bagi mencapai sasaran jualan 100,000 unit kenderaan pada 2017. Angka tersebut juga membolehkan Honda kekal pada kedudukan nombor satu dalam segmen bukan nasional dan tempat kedua dalam menguasai jumlah keseluruhan industri (TIV) tahun ini.
Walaupun 2017 merupakan tahun yang mencabar, Honda Malaysia telah berjaya mencapai 35 peratus sasaran iaitu sebanyak 34,500 unit kenderaan telah terjual sehingga April 2017. Dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lepas, jualan telah meningkat sebanyak 9,800 unit atau 40 peratus lebih tinggi.
Di bawah ialah fakta dan angka jualan Honda terkini:
- Peratusan TIV Honda sehingga Mac 2017 ialah sebanyak 19.4 peratus - Meningkat 5.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas
- Honda Jazz, HR-V, City, Civic dan Accord adalah peneraju dalam segmen masing-masing sehingga Mac 2017
- Pengenalan Honda BR-V dan City rupa baharu telah melonjakkan penguasaan TIV kepada 20.5 peratus - angka paling tinggi pernah dicapai syarikat dan diperolehi pada bulan Mac 2017
- Jualan Honda BR-V sehingga kini sudah melebihi 7,800 unit dan ia mewakili 23 peratus jualan Honda
- Angka 23 peratus itu turut sama seperti Honda City dengan tempahan melebihi 7,200 unit
- Honda Civic baharu pula telah terjual lebih dari 15,700 unit sejak dilancarkan pada Jun tahun lepas
- Sebelum pengenalan Civic Turbo, purata jualan kereta dengan teknologi Turbo dalam segmen C hanya 50 hingga 200 unit sebulan
- Pengenalan Civic Turbo telah melonjakkan pemilikan kereta yang menggunakan kuasa Turbo di mana jualan purata Civic Turbo sahaja ialah sebanyak 840 unit sebulan
- Angka jualan itu mewakili 60 peratus jualan keseluruhan Civic baharu