BMW M4 CS - Model istimewa untuk tahun 2017 hingga 2019 sahaja!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
BMW M4 CS ini begitu istimewa kerana ia hanya dikeluarkan dalam unit terhad dan dari tahun 2017 hingga 2019 sahaja. Penggunaan nama CS pula adalah tanda kasta kerana BMW M GmbH meletakkannya di atas dua jenis varian lagi iaitu Competition dan standard M. Lebih tepat, BMW M4 CS sebenarnya berada di tengah-tengah varian berprestasi iaitu di antara M4 Coupe Competition Package dan M4 GTS yang lebih cenderung kepada penggunaan di trek. BMW M4 CS menggunakan enjin enam silinder M TwinPower Turbo sama seperti model M4 lain tetapi dengan kuasa yang telah dipertingkatkan iaitu 460 hp dengan tujahan 600 Nm. Ia lebih 10 hp dan 50 Nm lebih tinggi berbanding M4 Competition Package. Kuasa itu diserakkan melalui transmisi standard tujuh kelajuan M Double Clutch Transmission (M DCT). Menariknya, penggunaan minyak pula adalah sama dengan BMW M4 Coupe transmisi DCT iaitu 8.4 l/100 km (digabungkan). BMW M4 CS 2017.14 Prestasi pecutan pula hanya mengambil masa 3.9 saat untuk sampai ke 100 km/j manakala kelajuan maksimum dihadkan kepada 280 km/j. Salah satu perkara menarik tentang M4 CS ialah penggunaan pelbagai peralatan yang diperbuat daripada bahan ringan. Bonet enjin, bumbung, pemisah angin depan (splitter), gurney (spoiler but)peresap belakang dan aci pacu (drive shaft) kesemuanya diperbuat daripada gentian kaca yang diperkukuh dengan plastik (CFRP). Hasilnya boleh dilihat pada berat badan iaitu 1,580 kg sahaja. Berat pintu turut dikurangkan melalui pengunaan kulit pintu yang diperbuat daripada gentian asli yang dipadatkan dan dilapisi efek gentian kaca. Pemisah angin depan dan spoiler pada but pula direka baharu dan ia turut berjaya mengurangkan angkutan kereta (lift).

BMW M4 CS 2017.01

Bagi menghentikan kereta, BMW M memasang brek standard berwarna biru keluarannya daripada jenis empat omboh di bahagian depan dan dua omboh di belakang. Untuk lebih keberkesanan, pelanggan juga boleh memesan brek karbon M yang berwarna emas daripada jenis enam omboh di depan dan empat omboh di belakang. Roda aloi juga ringan dengan bentuk DTM yang diselaputi warna Orbit Grey khusus untuk model ini. Ia didatang dengan saiz 9 x 19 inci di depan dan 10 x 20 inci dibelakang. Keluar sahaja dari kilang, ia dipadankan dengan getah Michelin cup bersaiz 265/35 di depan dan 285/30 di belakang. Berikut ialah peralatan lain pada BMW M4 CS:
  • Sistem ekzos dengan empat muncung berdiameter 80 mm - diambil daripada M4 Competition
  • Dua warna baharu dan eksklusif - San Marino Blue Metallic dan Lime Rock Grey Metallic
  • Turut boleh dipesan dengan tiga pilihan warna lain - Alpine White, Sapphire Black metallic atau Frozen Dark Blue II (terhad: dianggarkan bermula November 2017).
  • Kerusi M Sport dengan balutan kulit eksklusif Merino dan Alcantara
  • Lampu belakang OLED (Organic Light Emitting Diode) dengan efek 3D yang direka khusus untuk BMW M GmbH
  • Peralatan standard seperti sistem Navigasi BMW Professional, kawalan suhu automatik, cermin padan belakang dan cermin luar boleh malap
BMW M4 CS edisi istimewa ini akan dipasang bersama dengan M4 Coupe di Munich, Jerman dan produksi hanya akan dimulakan pada Julai nanti. Penulis: Muhammad Md Tajudin [gallery columns="5" ids="28724,28722,28723,28721,28720,28719,28718,28717,28716,28715,28711,28712,28713,28714"]