BMW M550d xDrive - Diesel 6-silinder paling berkuasa di dunia!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Di Malaysia, kereta dengan enjin diesel hanya diterima oleh mereka yang berkemampuan untuk membeli jenama premium Eropah seperti BMW. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang lain, mereka masih lagi terkial-kial dengan kehadiran Justin Bieber serta internet dan pada mereka, kereta dengan enjin diesel hanya layak untuk teksi di kawasan luar bandar. BMW M550d 5   Untuk penduduk Eropah pula, diesel dikenali sebagai bahan bakar yang menjimatkan dan mempunyai kadar tork yang jauh lebih tinggi dari enjin petrol. Dan untuk peminat diesel, BMW pernah menghasilkan model M550d dan X5 serta X6 dengan enjin 3.0L enam silinder sejajar (inline-six) dengan tiga turbocharger. Model-model lama itu dikatakan sedikit lembab dan hanya gah pada nama kerana masalah turbolag yang menyakitkan jiwa. BMW M550d 9 Kali ini, BMW telah menghasilkan model M550d x-Drive baharu berdasarkan model 5-Series G30 yang terkini dalam bentuk sedan dan wagon Touring. Untuk memastikan jurutera Bahagian M tidak lagi dikutuk, BMW kali ini meletakan EMPAT turbocharger kepada enjin 3.0L turbodiesel itu untuk memastikan tidak lagi ada masalah lag, dan untuk prestasi yang menggiurkan. BMW M550d 7 Dua turbocharger tekanan rendah digunakan untuk memastikan ada tenaga pada permulaan RPM, dan bila kelajuan enjin meningkat, sepasang lagi turbocharger tekanan tinggi akan mula beroperasi. Ini melancarkan hantaran tenaga dari pegun sehingga ke kelajuan maksima yang dihadkan ke hanya 250 kmsj. Hasilnya?

400 hp pada 4,400 rpm 760 Nm bermula dari serendah 2,000 rpm 4.4 saat untuk sampai ke 100 kmsj (4.6 saat untuk model wagon Touring)

BMW M550d 2 Dan dengan transmisi sport 8-kelajuan Steptronic dan pacuan 4-roda xDrive, ia masih mampu mencapai penjimatan bahan bakar 5.4L/100km - jauh lebih baik dari beberapa kereta nasional kita yang mempunyai kurang dari 1/4 tenaga yang dihasilkan oleh M550d ini. Selain dari itu, sistem gantungan 10 mm lebih rendah dari 5-Series biasa memastikan M550d ini boleh dipandu seperti sebuah kenderaan M yang lain. BMW M550d 8 Jika anda mahu menyaingi skil pemanduan oleh Tengku Djan Ley, anda perlu memilih pilihan (option) Adaptive M Suspension Professional yang lebih canggih dan semestinya, lebih mahal. Datng dalam dua jenis badan, sedan dan Touring, model diesel ini ialah model diesel 6-silinder paling berkuasa di dunia sekarang ini (untuk model standard produksi) dan juga sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang berkuasa tetapi menjimatkan. BMW M550d 10 Adakah ia akan datang ke Malaysia? Mungkin tetapi sekiranya lokasi anda tidak mempunyai stesen minyak dengan Diesel Euro 5, anda bolehlah mengupah orang menolak M550d anda untuk bergerak kerana ia tidak lalu minum diesel Euro 2M yang berbau sulfur tinggi. BMW M550d 4 BMW M550d 6