Honda CR-V 2017 muncul di Bangkok dengan 7 tempat duduk

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Semua nampaknya sudah tahu akan kehadiran Honda CR-V baharu yang bakal dilancarkan di Malaysia dalam tahun ini. Honda Thailand membawa dua varian CR-V baharu untuk pameran semasa Pameran Kenderaan Antarabangsa Bangkok (BIMS) yang bermula semalam. Bangkok Motorshow 2017-9 Generasi kelima SUV popular ini nampaknya semakin praktikal dengan kehadiran tempat duduk barisan ketiga. Rakan media kami yang yang setinggi lima kaki lapan inci sedang duduk di barisan ketiga membuktikan ia lebih kepada ruangan anak-anak. Bangkok Motorshow 2017-13 Seperti konsep Nissan X-Trail, barisan ketiga itu lebih sesuai untuk kanak-kanak. Ini boleh diterima kerana CR-V cuma sebuah SUV saiz sederhana. Perlu diingatkan, CR-V bukanlah saingan untuk SUV saiz besar seperti Kia Sorento, Ford Everest, Isuzu MU-X dan Volvo XC-90. Sangat dungu juga jika ada yang mahu bandingkan CR-V dengan sebuah MPV. Baik kita bandingkan terus dengan sebuah bas ekpress dengan platform Scania. 17492414_1293423774083454_2861141403870514791_o Tempat duduk barisan kedua boleh digelungsurkan ke hadapan dan belakang dan juga boleh dilipat terus ke hadapan untuk memudahkan anak-anak masuk ke belakang. Corong pendingin hawa untuk barisan kedua diletakkan pada konsol tengah sementara untuk barisan ketiga, corong diletakkan di atas siling seperti kapal terbang. Bangkok Motorshow 2017-15 Seperti Nissan X-Trail, tayar simpanan diletakkan di bawah tempat duduk barisan ketiga, masih di dalam kabin. Ini memudahkan kerja bila tayar ganti perlu dikeluarkan. Bangkok Motorshow 2017-14 Papan pemuka sangat modern, dengan konsol gear menggunakan butang sahaja (untuk varian turbodiesel). Untuk varian petrol, tuil gear biasa digunakan. Panel meter menggunakan skrin TFT LCD yang sangat modern sementara stereng lebih kepada yang digunakan oleh Honda Civic. Bangkok Motorshow 2017-16 Bahagian hadapan juga terbukti lebih cantik. Lampu LED mungkin menjadi pilihan optional sementara lampu belakang ialah LED sepenuhnya. Bangkok Motorshow 2017-18 Bahagian belakang CR-V mungkin memerlukan masa untuk diterima, seperti Honda Civic semasa baru-baru dilancarkan dahulu. 17436316_1293423800750118_8355079744755603315_o Honda Thailand juga menawarkan enjin diesel 1.6L DOHC i-DTEC turbodiesel yang menghasilkan 160 hp dan 350 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 9-kelajuan. Canggih. Enjin petrol di Thailand untuk CR-V ini pula ialah 2.4L DOHC iVTEC dengan 175 hp dan 225 Nm dan transmisi CVT. Untuk Malaysia, pasaran lebih kepada enjin petrol dan Careta merasakan enjin 2.0L iVTEC akan tetap ditawarkan, bersama dengan pilihan enjin 1.5L VTEC Turbo petrol sebagai varian teratas. 17436063_1293423897416775_6128963857131412020_o Apapun, Careta harap Honda Malaysia akan menawarkan varian diesel kerana pengguna Malaysia rata-rata masih memikirkan bahawa enjin diesel hanya untuk teksi di pasar basah bandar Maharani walaupun jika mereka lebih bijak, mereka akan sedar bahawa enjin turbodiesel menawarkan kadar tork yang jauh lebih tinggi, memungkinkan pemanduan yang lebih sporti dan penggunaan bahan api yang jauh lebih cekap.