Semua pihak masih membuat bidaan - DRB-Hicom

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
DRB-Hicom hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menjelaskan pencarian rakan strategik asing (FSP) untuk Proton Holdings Berhad adalah kunci mengubah hala tuju syarikat pengeluar kenderaan tersebut kepada sebuah jenama yang berdaya saing. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Sri Syed Faisal Albar, keperincian terhadap setiap bidaan amat kritikal. "Matlamat kami adalah untuk mengubah hala tuju PROTON. Sekiranya kelebihan dan kekuatan PROTON dapat dipertingkatkan dengan rakan baharu yang boleh menawarkan teknologi, keupayaan dan pasaran baharu, PROTON bakal menjadi satu jenama yang disegani. Inilah sebab mengapa kami perlu terperinci dalam menilai bidaan yang diterima. PROTON dan FSP baharu ini perlu mampu menghasilkan sinergi yang akan memastikan kejayaan kerjasama ini," kata Syed Faisal. Beliau seterusnya menegaskan bahawa semua pembida masih lagi bersaing untuk dipilih menjadi FSP Proton. "Ada laporan media yang menyatakan DRB-HICOM kini hanya mempunyai satu pembida. Saya ingin mengesahkan bahawa semua pihak yang membuat bidaan masih bersaing dan DRB-HICOM kini sedang menilai semua bidaan tersebut. Kami kini di peringkat akhir proses yang teliti ini, dan akan menamatkan penilaian menjelang akhir separuh pertama tahun ini," tambah beliau.