Ciri baharu model MINI hatch

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
MINI Malaysia kini telah mempertingkatkan lagi spesifikasi bagi model MINI 3 pintu dan MINI 5 pintu untuk penawaran ciri yang lebih baik. Semua varian MINI 3 pintu dan MINI 5 pintu didatangkan bersama jaminan perbatuan tanpa had selama empat tahun dan servis berjadual percuma. Anggaran harga runcit (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tidak termasuk insurans) ialah: MINI Cooper 3 Door                         -           RM 188 MINI Cooper S 3 Door                     -           RM 229,888.00 MINI John Cooper Works 3 Door  -           RM 293,888.00 MINI Cooper 5 Door                         -           RM 193,888.00 MINI Cooper S 5 Door                     -           RM 239,888.00 Berikut adalah spesifikasi tambahan untuk MINI 3 pintu dan MINI 5 pintu: MINI 3 pintu [gallery columns="2" size="full" ids="26561,26562"]
  • [gallery columns="2" size="full" ids="26558,26563"]
  • gril dan hendal pintu belakang berwarna hitam berkilat
  • teknologi LED yang canggih hadir dalam bentuk lampu utama dan lampu kabus LED
  • ia diserlahkan lagi menerusi lampu nyalaan siang berbentuk omega
  • ruang kabin dilengkapi pendingin hawa automatik dua zon yang mengawal suhu kabin, pengedaran udara dan jumlah angin secara automatik, tanpa bergantung kepada kelajuan kenderaan.
  • Visual Boost bersaiz 6.5 inci. Dengan MINI Connected Ready App, anda boleh mengintegrasikan aplikasi telefon pintar kegemaran seperti Spotify dan mengawalnya secara terus menggunakan MINI Visual Boost.
  • Comfort Access – satu sistem pintar yang tidak memerlukan kunci untuk membuka pintu dan menghidupkan enjin kereta. Dalam jarak 1.5 meter, sistem akan mengesan kehadiran kunci dan pintu boleh dibuka dengan hanya menekan butang pada hendal pintu. Sebaik sahaja pemandu masuk ke dalam kabin, sistem itu akan mengaktifkan butang Start/Stop supaya enjin boleh dihidupkan. MINI akan dikunci secara automatik sebaik sahaja butang pada bahagian luar hendal pintu ditekan.
  • Comfort Access, cermin pandang belakang anti silau dan kamera undur.
MINI 5 pintu [gallery columns="2" size="full" ids="26568,26564"] [gallery columns="2" size="full" ids="26567,26566"]
  • hadir bersama gril dan hendal pintu belakang berwarna hitam berkilat
  • lampu utama dan lampu kabus LED
  • dilengkapi pendingin hawa automatik dua zon untuk keselesaan yang terbaik
  • Comfort Access System demi memenuhi keperluan pemanduan di kawasan urban.
Selain itu, MINI Malaysia turut menawarkan program pembiayaan Full Circle untuk model-model baharu MINI Hatch. Klik Full Circle untuk maklumat lanjut.